Kehabisan Barang Dapur Sehingga Terpaksa Ambik Makanan Di Foodbank


Kehabisan Barang Dapur Sehingga Terpaksa Ambik Makanan Di Foodbank


MarhaenMY - Nuron Aida binti Hassan
Machang, Kelantan
Published: Feb 28, 2022
52%
RM 1,820.00 RM 3,500.00


168.0
Baki Lot Diperlukan
182.0
Lot Telah Terbeli
62
Penyumbang
1,858
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
350 Lot Ditawarkan

Saya merupakan Aida dari kampung Bukit Kechik Labok Machang,Kelantan. Saya ibu kepada 4 orang anak. Anak-anak saya berumur 14 tahun /10 tahun/8 tahun / 8 bulan dan seorang adik yang berusia 12 tahun duduk dengan saya sekali kerana keluarga saya asal daripada keluarga yang susah. Jadi adik saya mula duduk dengan saya sejak saya bersalin sebab tiada yang bantu . Anak saya yang sulung, lelaki susah sikit nak bantu kemas rumah . Saya sedang sarat mengandung 3 bulan nak masuk 4 bulan sekarang. Sebelum ini suami saya kerja kampung, buruh dan ambil upah mesin rumput di kawasan kampung saya sahaja. Sekarang ni suami saya bekerja tapi tak boleh kerja penuh disebabkan hujan jadi gaji pun cukup makan je. Jadi saya ada ada sewa tapak di kedai makan saya jual air kopi gantung dan nasi kerabu tetapi kerana hujan berterusan saya jualan banyak yang tidak laku. Jadi modal ada lebih sikit ini terpaksa la saya guna untuk beli beras dan makanan dan alat anak saya yang kecik ni. Jadi sekarang ni saya tengah mencuba buat popia mini dan karipap mini dan nasi kerabu bajet yang dekat saya cuba untuk cod yang jauh saya pos. Saya berniaga di rumah di kawasan kampung je. Semenjak PKP ni susah untuk kami sekeluarga mencari pendapatan, sebab itu juga suami saya cuba untuk kerja luar buat sementara ini.

 

Saya dulu pernah kerja di kedai makan tetapi sekarang tidak larat lagi, tambahan anak-anak saya masih kecil dan perlukan penjagaan jika tidak dihantar ke pengasuh. Saya tiada kenderaan, jadi jika saya hendak ke hospital saya terpaksa naik teksi yang berharga RM10-15/sehala. Sewa rumah saya pula RM300/bulan. Jadi nak taknak saya harus bekerja untuk mendapatkan income untuk bantu suami saya. Untuk barang dapur , saya betul betul tak mampu untuk beli. Baru- baru ni saya dan suami baru sahaja ambil barang foodbank di petron (maggie dan telur) supaya anak saya tidak kebuluran. Saya ada juga cuba untuk membuat dropship online business menjual biskut untuk menampung sedikit daripada income keluarga saya.

 

Update 23 / 06 / 2022 

Saya sarat mngandung sekarang ni, dan anak (1 tahun) saya yang kecil tak sihat ada asma. Anak saya tu sakit ulang alik klinik. Ada asma lelah dan ada air dalam paru2. Saya sendiri sarat mengandung ulang alik klinik sebab kesihatan kencing manis. Motor pulak rosak dan anak nak pergi sekolah pun tak dapat. Bulan 6 ni suami baru mula kerja tapi tak penuh. Kalau macam barang dapur atau susu baby, 1 bulan sekali boleh ambik 3 barang dekat foodband stesen minyak. Saya bukan harapkan bantuan semata. Saya ada buat dropship ada ambik order popia.. Kalau ada orang order ada la. Dropship foundation, popia tak tentu. Ada order masa musim macam musim raya. Saya buat secara online sebab dekat rumah. Anak saya guna susu dugro dupro langkah 2 dan pampers saiz L. Saya pulak due awal bulan 8 atau hujung bulan 8 dekat buku pink tu tulis sebab 26 / 6 / 2022 hari tu scan dah 28 minggu 6 hari. Anak saya pulak ada tolong jual botol kosong.

Read More



Updates




Update 22 / 3 / 23

Saya sekarang betul2 susah. Saya dah bercerai dan anak2 semua tinggal dengan saya. Sekarang ni saya teruskan hidup dengan anak-anak cuma bergantung dengan JKM RM300 sebulan. Umur anak-anak 15 tahun, 11 tahun, 10 tahun, 1 tahun 8 bulan dan 6 bulan. Sebelum ni saya niaga tapi motor rosak (motor kris) nak baiki mahal dan saya tak mampu. Khemah konopi rosak patah koyak. Dah sebulan lebih saya tak niaga dan rumah pun bocor.

Read More



Recent Contribution
Siti  RM10.00
Top Contribution
AA  RM500.00
First Contribution
Maz  RM30.00

168.0

Baki Lot Diperlukan

182.0

Lot Telah Terbeli

62

Penyumbang

1,858

Pengunjung
Recent Contribution
Siti  RM10.00
Top Contribution
AA  RM500.00
First Contribution
Maz  RM30.00