Pada awalnya anak saya Fadiyah yang berusia 16 tahun ini mengadu sakit bahu pada bulan Jun tahun 2020, jadi dalam tahun tu juga kami ada bawa pergi Hospital Tuaran Sabah untuk buat X-ray tetapi doktor cakap tiada apa-apa. Dalam tahun 2020 tu juga 2 kali kami bawa pergi hospital. Awal tahun 2021 bawa lagi sekali ke hospital dapat jawapan yang sama juga. Selepas itu saya rasa macam pelik hospital cakap tidak ada apa apa,kami pun cubalah bawa ke klinik swasta dan disitula baru tahu bahu anak disclocated. kami pun bawa ke Hospital Likas dan pada masa tu bahu anak sudah membengkak. Doktor melakukan pembedahan dua kali pada bahagian bahu untuk ambik sample isi ketumbuhan tu Kanser jenis apa dan stage ke berapa .
Selepas 2 minggu ,anak saya disahkan Kanser Limphoma Stage 3. Yang pada awal bulan 4 tu. selepas tu anak saya diberikan kimotherapy sebanyak 9 kali sehingga bulan 11 dan doktor bagitahu kanser anak merebak hingga ke kawasan kulit luar paru-paru dan area dada tu dan doktor buat rancangan untuk bedah tangan anak saya. maksudnya buang tangan kiri tu tapi saya tidak setuju sebab seandainya tangan tu dibuang kanser tidak boleh hilang jugak dan doktor bagitahu 50/50 so saya pun tidak setuju untuk buat operation buang tangan anak saya dan saya tidak tandatangan borang yang diorang bagi. Selepas itu,kimotherapy dihentikan pada January dan seterusnya hanya rawatan susulan dan radiotherapy sahaja lagi pelan untuk anak saya .
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.