Assalamualaikum saya Nadia suhaini dari sarawak.Saya merupakan seorang suri rumah tangga dan hanya membuat droship minyak wangi untuk membantu suami menjana pendapatan untuk keluarga tetapi sekarang jualan agak slow dan tidak mendapat untung yang banyak.
Suami dahulu bekerja sebagai public area hotel di Kuching tetapi tempat tu bankrup dan sekarang suami mencari kerja dikawasan kampung saya iaitu Kampung Tengah, Sarawak dan hanya dapat menjual tin dan juga botol kosong sahaja dahulu demi menjana pendapatan keluarga saya sementara. Saya disini ingin memohon bantuan bekalan kewangan untuk membeli susu dan makanan anak-anak sementara. Sekarang ini suami masih menunggu kerja daripada kedai carwash untuk bekerja. Buat sementara waktu ini, kami tiada bekalan yang mencukupi dan masih lagi menunggu bantuan. Kalau nak ambil makanan di foodbank pun , kami di sini tiada foodbank untuk bergantung.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.