Saya Premalatha merupakan seorang suri rumah yang bergantung pendapatan dengan suami yang mempunyai harian yang tidak tetap sebanyak RM80/hari . Saya memerlukan barang barang keperluan seperti susu formula dan pampers untuk 3 orang anak. Anak pertama berumur 4 tahun, yang kedua berumur 2 tahun dan yang ketiga berumur 7 bulan. Saya sudah buat perancang keluarga lepas ini, kalau boleh saya tidak mahukan anak lagi. Saya merupakan seorang pesakit thyroid cancer yang masih lagi meneruskan proses CT Scan untuk mengetahu lebih lanjut tentang tahap kanser saya dan vericosvain problem, gastrik ulcer, migrain. Pada 7/3/22 ini , saya dikehendaki untuk membuat CT scan di Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh Perak. Selepas keputusan CT scan dapat , saya kena buat operation thyroid cancer. Suami saya bekerja tetapi gaji harian sebanyak RM80/hari bergantung kepada cuaca juga kerana dia hanya kerja sebagai pemandu lori yang membawa tanah merah, bila hujan tanah itu takkan dapat diambil dan suami dia tak dapat bekerja. Disebabkan tu juga, kami terpaksa kadang-kadang tidak cukup wang untuk membeli keperluan rumah dan anak-anak .
Barang keperluan juga banyak yang dah habis dan kami tak mampu untuk beli .Rumah yang kami anak beranak tinggal ini adalah rumah sendiri hasil peninggalan arwah bapa mertua . Baru-baru ini kami ada mohon untuk bantuan BKK untuk kanak kanak di JKM dan masih menunggu keputusan sehingga hari ini. Saya ada dapatkan update dengan JKM, katanya kena tunggu 2 bulan, ahli keluarga saya yang lain semuanya dah berkahwin dan ada kehidupan sendiri.Saya Cuma berhubung tanya khabar dengan kakak saya sahaja sebab dia pun cancer stage Sepatutnya saya kena buat operation pada 16/2/22 tetapi CT scan punya dah tertangguh jadi operation saya terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu. Setakat ni kami belum menerima apa apa bantuan.
Keadaan saya sekarang susah sangat sebab suami saya baru lepas kena covid dan kerja pun tak boleh sebab lorry semua rosak. Suami kena covid dah seminggu dan dah sembuh. Sebelum covid dia kerja gaji harian. Tapi sekarang langsung tiada. Tetapi dia sedang mencari kerja. Pada 15/6 saya dimasukkan ke wad dan 16/7 saya kena ambik darah dan lepas tu saya buat operation buang thyroid cancer saya dan discaj pada 18/7/2022. Jadi sekarang saya betul-betul memerlukan, Kesian dengan 2 orang anak yang still kena minum susu dan pampers, nak beli pun tak dapat. Anak pertama minum susu Fernleaf calcium coklat dan pampers size Drypers XXL Pants. Anak kedua pulak minum susu Dumex dugro 1hingga 3 tahun (ASLI) dan pampers drypers size L tape. Selepas saya keluar dari wad. Kawan saya my classmate 2 orang tolong saya. Seorang beli barang runcit dan seorang lagi kawan bagi sedikit duit untuk kegunaan kami, Barang runcit sekarang pun tiada. Tetapi apa saya boleh tuan/puan dan terpaksa saya pergi gadai cincin kahwin itu je yang saya ada untuk saya beli pampers dan barang runcit sedikit. Sekarang saya ada follow up dengan perancang keluarga.
Keadaan saya masalah kesakitan ok semua ok. Saya masih ada checkup sekali atau dua kali sebulan.