Saya memerlukan bantuan khususnya untuk anak saya seperti bantuan untuk membeli susu dan pampers kerana saya merupakan OKU yang dipotong kaki akibat kencing manis pada 3 tahun lepas di HKL.Jadi dengan itu , pergerakan saya agak terbatas untuk bekerja. Anak anak saya berumur 3 tahun dan seorang lagi 9 bulan. Saya dan isteri dahulu bekerja sebagai penghantar barang iaitu lala move.
Sekarang ni dua dua tidak bekerja disebabkan masih mencari pengasuh yang sesuai untuk menjaga anak dan dengan keadaan saya ini tidak mengizinkan untuk bekerja. Buat masa sekarang , isteri saya ada buat part time dropship produk kosmetik Nurraysa. Sekarang ini pula, kereta saya tersadai di rumah ibu saya kerana enjin yang rosak dan tidak dapat bergerak. Disebabkan itu juga isteri saya tidak dapat bergerak ke mana mana disebakan kami tidak mampu untuk baiki kereta tersebut.Untuk tunggakan bil pula hanya melibatkan bil api dan air sahaja yang kami tak mampu nak jelaskan kerana terpaksa dahulukan kos dan keperluan harian . Setakat ini kami anak beranak hanya bergantung dengan bantuan bulanan zakat sebanyak RM400/bulan sementara bantuan JKM masih lagi dalam proses.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.