Kedua Anak Kembar Nazira Sakit Sejak Lahir Pramatang Lagi


Kedua Anak Kembar Nazira Sakit Sejak Lahir Pramatang Lagi


MarhaenMY - syed azim qhusayrie bin syed azhar
Butterworth, Pulau Pinang
Published: Mar 07, 2022
100%
RM 3,510.00 RM 3,500.00


0.0
Baki Lot Diperlukan
351.0
Lot Telah Terbeli
121
Penyumbang
624
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
350 Lot Ditawarkan

Assalamualaikum, saya Nazira dari Penang.

Saya mempunyai 2 orang anak pramatang berusia 1 tahun 10 bulan, disini ingin memohon bantuan untuk anak-anak pramatang saya yang mempunyai masalah kesihatan seperti usus tidak matang, saluran paru-paru sempit, pasang surut dan masalah berat badan. (kakak - masalah berat badan tak membesar , paru-paru sempit , hanya bergantung kepada susu, tak boleh makan / adik - pasang surut, paru- paru sempit, asma kronik, bergantung susu khas untuk naikkan berat badan). Setiap kali kalau semput memang kena monitor di hospital sebab keadaan agak luar kawalan dan teruk. Disebabkan itu,hari-hari mereka kena on ubat semput dan kuatkan paru-paru, neb.

Mereka memerlukan susu khas dan ubat-ubatan tiap minggu. Suami saya berkerja sebagai servis aircond dengan pendapatan RM800-RM1200 sebulan dan itu pun ikut kalau ada kerja dia kena panggil. Klau tak ada kerja tak ada gaji. Dulu suami ada buat partime cleaner dobi, tapi dobi dah tutup sebab bankrup.Saya tak boleh nak bekerja sebab anak-anak saya perlu penjagaan rapi. Susu mereka pun guna pediasure 5 hari harga RM170.Kami tinggal rumah sewa RM300 sebulan dan tu pun ada tertunggak . Kami suami isteri catu makanan untuk sediakan susu dan ubat untuk anak-anak. Disebabkan itu juga bil elektrik tertunggak berbulan dan begitu juga bil air sebab duit yang ada memang akan tumpukan kepada keperluan anak2 saya.. Selalu suami hantar guna kereta kalau kereta rosak akan mintak tolong jiran atau panggil ambulans untuk ambik dorang, kalau pergi hospital kira da teruk da sebab dorang malam kalau tidur selalu lupa nak nafas. Memang setiap malam saya dan suami bergilir2 pantau nafas dorang.. Ubat dorang ada macam2 ada yang RM48 , RM50 , RM12..

Untuk pengetahun semua anak-anak saya setiap pagi memerlukan nebulizer dan ubat untuk sokongan paru-paru mereka supaya mereka tidak penat.. Sebelum ni ayah saya banyak bantu tetapi ayah saya dah meninggal sebab covid bulan 8 tahun lepas.Kos perubatan dan susu anak-anak saya sangat tinggi. Sebelum ni ada NGO yang tolong kami dan saya sekarang tengah tunggu kelulusan daripada zakat

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Nazir  RM50.00
Top Contribution
Hamba  RM200.00
First Contribution
Hamba  RM20.00

0.0

Baki Lot Diperlukan

351.0

Lot Telah Terbeli

121

Penyumbang

624

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Nazir  RM50.00
Top Contribution
Hamba  RM200.00
First Contribution
Hamba  RM20.00