Salam semua, saya terpaksa meminta pertolongan untuk kelangsungan kehidupan. Sedikit dari kisah saya, saya masih mempunyai ibu dan ayah tetapi mereka telah berpisah 13 tahun yang lalu. Mereka telah menubuhkan rumah tangga masing masing dengan pasangan baru. Saya duduk dengan ibu kandung kerana ayah kandung saya tidak mahu menjaga kami 3 beradik. Lepas saya habis persekolahan saya telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai seorang anak berumur 1 tahun. Kehidupan saya berpindah randah sejak 15/02/2021 kami masih tak mahu meminta pertolongan kepada sesiapa sebabnya kami rasa kami masih mampu tetapi sejak suami kerja tak tetap dan dibuang kerja atas faktor pandemik saya dan suami tiada langsung sedikit simpanan. Saya mempunyai ibu mertua yang sudah 4 tahun mengalami strok dan doktor telah membuang sebelah tempurung kepalanya kerana terdapat darah beku di otak kiri. Oleh itu ibu mertua saya hanya bergantung kepada penyusuan sahaja. Ibu mertua tak dapat bantuan kerajaan jadi susu dan pampers ibu agak mahal kami terpaksa beri kepada ibu kurang dari 4 kali sehari. Doktor nasihatkan untuk menjalani pembedahan di kepala ibu supaya stabil seperti biasa tapi ami tidak mencukupi kewangan.
Saya juga mengalami ekzema sudah 2 tahun tidak pernah buat rawatan hanya Allah sahaja tahu sakitnya saya menahan luka dan pedih. Saya eczema dan kulit akan jadi tegang kering dan akan keluar darah bila paksa gerakkan tangan. Saya hanya beli krim dekat pharmacy sahaja yang harga RM5. Anak pula tidak boleh minum susu sebarangan kerana boleh cirit birit. Pampers dan susu anak kehabisan. Sekarang saya diuji pula suami dijangkiti covid. Suami baru berhenti kerja 3 bulan yang lalu dan kami langsung tiada simpanan kerana membayar sewa rumah ibu, bil api air dan baiki motor tetapi motor tetap rosak. Rumah saya di johor bahru tiada langsung barang keperluan dan peti ais, dapur kerana tak mampu nak beli lagi. sekarang saya di mersing di rumah ibu kandung dan bil air api masih tertunggak sampaikan SAJ datang untuk potong. Kami merayu jangan potong dan beritahu akan bayar jika ada wang.
Lepas suami dibuang kerja 3 bulan yang lalu dan sekarang baru beberapa hari dapat kerja ke tempat baru suami pula motor rosak terpaksa jalan kaki. Sebelum ni suami kerja macam macam tapi sebabkan kerja tu tak tetap jadi gaji suami RM1000 sahaja sebulan. Sekarang dia kerja kat tempat baru kat Gloria Jeans di Pasir Gudang, baru seminggu lebih bekerja. Gaji suami tak tetap dan paling banyak dia dapat RM1100-1200 sebulan. Dia bekerja gaji tak lebih RM1500 dan bulan ni gajinya hanya RM1100 sahaja sebab dia tak dapat claim gaji masa dia tengah kuarantin. Ibu mertua saya kena buat rawatan physiotherapy setiap bulan cumanya kami tak mampu nak bayar dengan kos yang mahal. Saya suri rumah sepenuh masa sebab menjaga anak dan ibu mertua. Saya ada adik beradik 7 orang (termasuk adik beradik tiri) dan 4 orang masih bersekolah (18 tahun, 11 tahun, 9 tahun dgn 5 tahun) dan masih kecil. Total adik beradik saya ada 6 orang ayah dengan mak kandung sama umur 48 tahun ayah tiri 52 tahun mak tiri 30 tahun mak tiri sahaja yang bekerja menyara belah ayah kandung jadi nafkah anak dia dekat kampung yang mak jaga ni hanya beri RM100-RM200 sahaja sebulan. Saya ada dua orang adik belah ibu tiri dengan ayah. Yang adik beradik seibu sebapa mak saya yang jaga semuanya. Mak dengan ayah tiri tak bekerja sebab dah tua. Kami kat kampung ni nak jumpa ayah sendiri susah. Jadi mak ni mengharapkan bantuan kerajaan kalau dapat. Ayah berhenti bekerja sebab sakit lepas accident. Ayah kandung duduk menyewa sebulan RM600. Abang beri duit kat mak bukan setiap bulan. Kalau gajinya lebih baru dia beri sebab dia duduk dengan ayah kat sana menumpang juga. Mak minta baru beri kalau tak minta tak dapat. Kalau beri banyak macam tu nak bayar bil dan beli barang dapur pun tak lepas kadang2. Waktu pandemik macam ni kami susah sikit nak bergerak cari rezeki. Mak cadang nak meniaga pun tak boleh sebab canopy rosak kena hempap dengan pokok. Kami kais pagi makan petang sahaja. Saya ada rumah sewa di JB langsung tiada peti ais, mesin basuh, hanya rumah kosong kerana belum mampu untuk membeli barangan rumah dan suami tinggal di sana kerana kerja. Suami belum sembuh covid dan tercatu makanan. Abang saya ada beri duit bulanan RM150-RM200 dekat mak
Semoga yang sudi membantu saya dilimpahkan rezekinya. Jika saya ada rezeki lebih saya akan bantu semula kepada yang memerlukan seperti saya.
Saya beritahu puan duit yang tinggal RM800 - RM580 barang kering jadi baki RM220 untuk barang basah ayam ikan telur sayur. Saya nak beli dapur gas dan tilam tidak cukup. Yang marhaenmy transfer RM192 saya nak beli susu mertua di bandar harganya mahal sedikit RM80 satu tin untuk 800gm. Satu tin hanya untuk 2 hari sebab dia tak boleh makan hanya bergantung pada penyusuan sahaja. Susu ibu mertua saya beli di shopee tapi duitnya tidak cukup. Saya nak beritahu yang ubat gastric saya tak beli lagi sebab saya beli susu kambing gastric ustaz syamsul debat tu dulu untuk cuba. Nanti jika tidak serasi saya beritahu pihak marhaenmy untuk beli redianze eskayvie tu. Suami saya bekerja tapi gaji tak mencukupi sebulan. Bulan lepas gaji dia RM1400, RM500 bayar sewa. RM600 bayar motor yang rosak saya pernah beritahu pihak marhaenmy haritu RM100 duit minyak motor selebihnya beli lauk sikit. Saya ada anak kecik, makanan harian belum tentu cukup. Saya kumpul je duit yang pihak marhaenmy beri tu sebab saya nak beli satu bulan stock susu. Kadang saya terguna RM194 tu ambil RM50 ringgit sebab nak beli lauk, barang dapur mahal. Bil air elektrik bulan ni belum bayar lagi. Saya dah tak duduk dengan ibu saya di kampung sebab atas faktor kewangan dan mereka sudah tua. Jadi duit yang ni saya takkan usik sebab nak simpan buat beli susu ibu.
Saya tak boleh bekerja sebab jaga anak dari rumah campur susu nak hantar pengasuh sebulan RM500. Saya guna duit yang lebih dari sumbangan dana tu beli tilam harga RM200 dan ada guna duit suami sedikit. Tu dah kira murah sebab saya cari takde kedai jual murah semuanya RM300 RM400. Suami dan saya sampai sahaja spm takde sambung belajar ambil diploma. Suami dapat offer kerja barista di gloria jeans tu daripada orang lain. Gaji suami kat situ setakat ni bawah RM1500. Paling rendah dia dapat RM1200. Kalau gaji RM1400 tu 1k memang akan habis untuk dekat rumah dan selebihnya duit minyak atau emergency tapi kami memang tak sempat simpan sebab banyak nak guna duit. Pula tu saya tak kerja anak fully bf, kalau saya nak berniaga kena ada modal lagi. RM500 duit sewa, RM500 duit repair motor dia dan lebihan RM200 duit makan selalunya dia kat tempat kerja ikat perut sebab nak masak barang dapur seminggu tak cukup walaupun 3 orang. Ayam sekor dekat sini RM17/18 habis untuk dua hari dan RM200/400 lebihan 1k daripada gaji dia tu duit minyak motor atau emergency.
Sebelum ni dia kerja di kpj pasir gudang. jadi customer service gaji sebulan RM900-1k. Saya masa ni tak duduk di jb sebab gaji dia tak memenuhi komitmen sekarang. Jadi dia decides nak resign dari kpj selepas tu ada staff dari gloria jeans ni offer dia kerja di situ. Paling sikit gaji yg dia pernah dapat RM800 lebih di kpj. Saya nak beli pampers anak pun tak lepas terpaksa pinjam duit daripada orang. Sebab RM800 sahaja duit dia 2 minggu dah habis tuang minyak motor 2 hari 5 ringgit kadang RM10 ringgit sebab jarak kerja dia dari rumah agak jauh. Jadi banyak habis dekat duit minyak dan repair motor. Cumanya keadaan mak mertua saya belum masih pulih sepenuhnyai hanya gerak tangan dan kaki sahaja. Dia masih berbaring dan duduk di wheelchair
Keadaan mak mertua sekarang okey badan masih kurus lagi dia dah boleh makan bubur cair tapi dalam 2@3 sudu sahaja kalau tak dia akan keluarkan sebab nak telan dia kunyah mungkin dia rasa lain selalu susu je dalam mulutnya dan belum boleh bercakap.. Semalam saya berjumpa dengan dia hanya sekejap je sebab dia kena berjumpa dengan doktor di HSA.. Makan dan minum kadang cukup kadang tidak, tiada tunggakan selama saya berada di rumah sendiri. Masih perlukan bantuan untuk beli pampers dan barang dapur di rumah.. Kulit tangan masih kering dan tegang banyak kali terluka sampai sekarang belum sembuh lagi.. Luka dah sembuh cuma yang sekarang naik gatal kalau garu pedih sampai keluar biji air..
Dari segi kewangan dan makanan sahaja sebab saya tak boleh nak kerja sekarang dah pregnant 6 bulan dan awal tahun depan due. Anak saya pertama sekarang umur 2 tahun. Suami masih bekerja dekat tempat yang sama. Dari segi bil air api semua okay cuma dari segi pemakanan saja kurang sedikit sebab gaji suami memang cukup makan tak sempat nak buat saving.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.