Puan Hazimah, seorang wanita tua yang tinggal seorang diri kini memerlukan bantuan kewangan untuk operation matanya. Buat masa sekarang, puan Hazimah perlu membuat rawatan susulan matanya untuk mengetahui sebab matanya perlukan pembedahan. Sebelum ini, dia membuat rawatan di Hospital kuala Kangsar. Tetapi doktor daripada Kuala Kangsar memaklumkan untuk ke pakar mata di Hospital Taiping untuk membuat rawatan susulan kerana Kuala Kangsar tiada doktor pakar mata. Puan Hazimah perlu ke Hospital Taiping dahulu untuk membuat rawatan dan mengetahui anggaran kos pembedahan tersebut. Kos ke kuala kangsar ke taiping naik bas tambang rm4.90 dan dia hanya naik bas sahaja sebab tiada kenderaan lain.
Buat masa sekarang, Puan Hazimah tidak bekerja atas faktor masalah kesihatan asma dan faktor umur juga. Sebelum ini, dia berniaga sayur-sayur di kampung akibat pandemik dia tidak lagi meniaga. Sumber pendapatannya hanya bergantung daripada bantuan JKM RM300/bulan. Puan Hazimah hanya tinggal seorang diri di rumah sewa tapi dah reput bumbung pon dah tercabut. Bila hujan ribut Puan Hazimah mula susah hati dan risau sbb takut bumbung rumahnya runtuh. Tuan rumah sewa hanya menyuruh Puan Hazimah membayar duit bil api dan air sahaja kerana dia tidak mampu membayar duit rumah sewa. Bil air RM21.31 manakala bil eletrik tertunggak sebanyak RM163. Dia memerlukan bantuan kewangan untuk membantu meringankan bebannya.
Saya dah pergi ke hospital Taiping dan doktor dah buat pemeriksaan mata. Minggu depan kena buat pemeriksaan lagi. Cuma operate sahaja doktor belum bagi tarikh. Keperluan asas tak cukup, sekadar yang ada sahaja saya gunakan untuk makan. Kalau tak cukup saya minta bank food dekat masjid, tu pun tak selalu. Surat tunggu minggu depan saya send sebab minggu depan pun saya nak ke hospital Taiping lagi. JKM saya dapat RM300 sebulan bayar bil air/api dan sewa rumah RM150 memang tak cukup. Saya tinggal sendirian dan anak seorang kerja sekuriti dekat damansara, dan dia pun tak cukup nak beri saya. Anak saya belum berkahwin lagi dan umur dia 26 tahun.
Alhamdulillah tuan mata saya dah buat operation dah sihat dah. Tak ada memerlukan apa2 cuma nak duit raya beli baju raya 😞