Salam , saya Nordin Bin Majid merupakan seorang pesakit jantung dan telah berhenti kerja sebagai pam operator di stesen minyak Shell pada bulan 9 tahun lepas akibat daripada keadaan saya yang pada ketika itu tidak berapa larat dan terpaksa kerap ulang alik ke hospital. Dan pada tahun lepas, bulan 9 saya disahkan menghidapkan sakit jantung dan terpaksa ulang alik ke Hospital Sultanah Aminah Johor.
Sekarang ni isteri saya sahaja yang bekerja sebagai Operator di Kilang Printronix . Kalau ada OT adalah duit lebih , sebab nak harapkan lebih pun tak boleh sebab isteri baru sahaja menjalani pembedahan apendiks pada beberapa bulan lepas. Anak saya ada 4 orang , yang sulung berumur 17 tahun, kedua berumur 13 tahun, ketiga berumur 10 tahun dan yang bongsu sekali berumur 8 tahun . Untuk bantuan persekolah pun agak memerlukan seperti barang sekolah dan peralatan persekolahan. Setakat ni rumah sewa saya banyak 3 bulan tertunggak , RM500/bulan . Saya juga memerlukan bantuan untuk membeli keperluan rumah dan keperluan anak anak buat masa ini kerana duit gaji isteri hanya cukup cukup makan. Sebelum ini saya tidak pernah mendapat bantuan daripada mana mana pihak lagi .
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.