Puan Qistina mempunyai 3 orang anak dan suami yang sebelum ini bekerja di kedai makan. Suami dia sudah bekerja selama 1 tahun dekat kedai makan. Namun semenjak 2 minggu lepas suaminya telah berhenti kerja kerana gaji yang sepatutnya dia dapat dikurangkan sebab kedai makan tak dapat nak bayar gaji full. Suami dia cuma dapat RM700 selama 2 bulan sebelum berhenti dan cari kerja lain. Mereka sekeluarga terputus bekalan makanan. Gaji suami Puan Qistina masa kerja kedai makan sebanyak RM1100 dan kadang2 tak cukup untuk dorang sekeluarga. Sekarang suami Puan Qistina baru mendapat kerja sebagai kerja landscape (kerja mesin rumput di tepi jalan) beberapa hari yang lepas. Gaji dekat tempat baru suami dia dapat RM1200. Puan Qistina mempunyai 3 orang anak yang masih kecil (3 tahun,2,tahun dan setahun) dan masih memerlukan penjagaan. Anak-anak pun masih kecil lagi dan masih menggunakan pampers drypers, susu dutch lady paket. Seminggu anak-anak dia akan minum susu 1 minggu 1 packet.
Puan Qistina amat memerlukan sumbangan untuk membeli keperluan pampers dan susu untuk anaknya. Puan Qistina sekeluarga tinggal di rumah sewa yang perlu dibayar RM350 sebulan dan sudah 2 bulan tertunggak disebabkan pendapatan yang tidak mencukupi. Dalam tempoh 2 minggu mereka hanya makan maggie sahaja. Mereka tak ada tunggakan bil api dan air selama ni cuma sewa rumah sahaja. Dengan tuan rumah sudah start menagih sewa yang tertunggak dan diberi tempoh kalau tak mereka sekeluarga kena keluar rumah sebab tuan rumah ada cakap kalau tak dapat bayar dia nak bagi sewa dekat orang lain. Di tambah pula sekarang suami Puan Qistina baru sahaja memulakan kerja dan masih belum mempunyai wang untuk menyediakan keperluan keluarga mereka. Suami Puan Qistina juga perlu menjelaskan tunggakan motorsikal dan hampir ditarik kerana dekat 3/4 bulan tidak dibayar. Dalam sebulan motor RM185. Mereka sekeluarga amat memerlukan sumbangan untuk membeli keperluan asas sebulan dalam RM300 / RM400. Dorang tak pernah dapat mana2 bantuan sebelum ni dan belum mohon JKM. Puan Qistina bersyukur sangat kalau ada orang sudi membantu.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.