Kesempitan Hidup Suriyani Bersama 6 Orang Anaknya


Kesempitan Hidup Suriyani Bersama 6 Orang Anaknya


MarhaenMY - SURIYANI AKMA BT. DRON
Miri, Sarawak
Published: Mar 12, 2022
90.75%
RM 3,630.00 RM 4,000.00


37.0
Baki Lot Diperlukan
363.0
Lot Telah Terbeli
123
Penyumbang
2,073
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
400 Lot Ditawarkan

Assalamualaikum. Saya perlukan bantuan keperluan asas, beras, makanan basah/kering, susu dupro langkah 2/susu dutch lady choc 456 & pampers saiz M@L untuk baby saya serta ubat2an untuk anak2 saya jika boleh kerana anak2 saya kurang sihat sekarang akibat demam, selesema & batuk. Selain itu, kami juga memang tiada apa2 untuk dimakan semuanya sudah habis sebab itulah saya cuba untuk memohon bantuan dari Pihak Tuan jika ada rezeki buat saya & anak2 nanti. 🙏🏻  Saya mempunyai 6 org anak & sekarang pun tengah mengandungkan anak saya yang ke 7 pula. Anak2 saya masing2 berusia di antara 16 tahun, 13 tahun, 11 tahun, 7 tahun & 4 tahun serta 11 bulan. Suami saya jarang ada bersama kami & selama ini saya yang menanggung keperluan rumah/anak2 serta perbelanjaan kami sekeluarga. Suami saya ( 41 tahun ) tak bekerja tetap sejak tahun 2016 setelah diberhentikan kerja oleh company tempat dia bekerja kerana mereka tidak memerlukan khidmat pekerja yang ramai atas masalah ekonomi tak stabil. Setelah itu, dia hanya bekerja sendiri sahaja dengan mengambil upah seperti mengecat rumah, memotong rumput & membaiki motorsikal yang rosak itu pun jikalau ada yang memerlukan khidmat darinya. Dia akan dapat RM20 - RM25 sahaja bergantung dengan customer. Jika sebaliknya maka tiadalah sumber pendapatan yang diperolehinya. Sebelum diberhentikan kerja tu suami bekerja sebagai warehouse assistant cum general worker at Ginova Marketing Sdn Bhd @ Lorenzo furniture. Dulu suami kerja warehouse starting gaji RM650.00 dan tambah OT sahaja.

Selama ini saya menyara hidup kami sekeluarga dengan menjual kuih-muih secara kecil2an sahaja jika ada yang membuat tempahan maka adalah penghasilan yang saya perolehi tetapi jika tiada rezeki terpaksalah saya meminta bantuan daripada sesiapa sahaja yang sudi untuk menghulurkan bantuan kepada kami dengan semampu & seikhlas hati si penderma kami bersyukur sangat2 jika sebaliknya kami hanya mampu berserah serta redha menerimanya dengan banyakkn bersabar serta akan lebih berusaha lagi untuk mendapatkan rezeki dengan cara yang lain asalkan anak2 dapat makan, cukup pakai dan ada tempat tinggal alhamdulillah. Kini saya sudah kehilangan sumber pendapatan saya kerana tiada modal untuk memulakan semula usaha saya itu sebab itulah saya mencuba untuk memohon bantuan dari Pihak Tuan pula jika Tuan sudi menghulurkan bantuan untuk meringankan beban saya demi anak2 saya, saya berterima kasih sangat2 kepada Pihak Tuan kerana beberapa hari ini kami hanya mampu makan nasi bubur sahaja untuk mengisi perut masing2 asalkan anak2 tidak kebuluran. Saya jual kuih basah seperti kuih karipap, donut, pau goreng, kuih sosej, kuih buah melaka, kuih onde2, kuih cucur kacang hijau & kuih popia. Tu pun saya hantar tumpang jualan kuih-muih saya di meja penjual kuih yang lain saja tapi kini tidak lagi sebab penjual kuih tu dah ambil order dari pembuat kuih yang lain & tak jual kuih saya lagi tu sebab tu lah saya pun tak ada premis sendiri nak jual kuih-muih saya tu selain ambil order sikit2 dari pelanggan yang ingin membuat tempahan macam tu saja lah. Last saya buat kuih untuk jualan tu pada tahun lepas 2021 tak ingat pulak bulan berapa. Kami ada dapat bantuan daripada JKM, last dapat bantuan bekal makanan dari JKM bulan 10 tahun 2021. JKM bagi beras 5kg, sardin 2 tin kecil, bee hoon sebungkus, garam sebungkus & mee kari sepaket. Tu je lah JKM bagi masa tu. Saya ada mohon bulan 3 lepas tapi tak ada apa2 jawapan.

Kini saya hanya menjaga anak2 saya sendiri saja di rumah sebab saya ada baby berusia 11 bulan yang perlukan penjagaan & sekarang ni pula saya tengah mengandungkan anak saya yang ke-7 serta hanya menanti kelahiran dalam jangka masa beberapa bulan saja lagi. Kami tinggal menumpang di rumah mak ayah ( 60 tahun & 65 tahun ) saya yang rumahnya bukan hak milik kami sendiri & belum mampu untuk punya kediaman sendiri buat masa sekarang kerana ada faktor masalah ekonomi yang tak mengizinkan. Kira kami memang tak ada sewa rumah, jika ada tunggakkan apa2 pun, hanya ada tunggakkan bil air & bil api sahaja selama ini serta dah lama terputus bekalannya kerana kami tak mampu nak bayar bil2 yang banyak tertunggak yang belum dibayar lagi hingga kini akibat masalah kewangan akibat sumber pendapatan yang tak stabil serta dengan tanggungan yang lebih memerlukan jadi terpaksalah kami utamakan mana yang penting dulu sehinggakan banyak bil2 tertunggak bertambah.
 

Update 9/05/2022

Saya dengan rendah diri nya ingin merayu kepada pihak tuan untuk memohon bantuan rawatan buat saya sendiri kerana saya telah menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi setelah saya melahirkan anak. Anak saya yang ke-7 dilahirkan pada 17/04/2022 yang lalu serta saya telah banyak kehilangan darah di dalam badan dan sangat memerlukan bantuan untuk membeli ubat-ubatan. Saya perlukan ubat2an @ jamu buat ibu bersalin. Tetapi saya tak mampu nak beli tu lah tak ada gambar ubat @ jamu tersebut kerana saya belum beli lagi sebab belum ada rezeki nak dapatkannya. Saya dah sertakan sekali surat hospital kepada pihak marhaenmy. Disebabkan saya baru melahirkan dan anak saya baru 23 hari, jadi saya tidak dapat membuat kuih-muih untuk jualan kerana saya lagi dalam pantang jadi sumber pendapatan kami juga tiada. Gambar jualan saya ada sertakan sekali. Selain tu, husband saya membantu sahabat dia menjual daun kelupis, buah mempelam/mangga, serai dan lain2 untuk mengambil upah dari hasil jualannya. Duit dari hasil sumbangan kempen yang saya terima tempoh hari, saya telah berkongsi bersama keluarga dan lain2 serta untuk membeli makanan sehari2an, membaiki motorsikal kami yang rosak satu2nya pengangkutan yang kami punya untuk menghantar anak2 ke sekolah dan lain, jika tidak dibaiki maka susahlah untuk kami ke sana ke sini jika ada urusan dan sebagainya. Anak2 saya yang bersekolah ada 5 orang semuanya tetapi saya hanya mampu menyekolahkan 4 orang saja daripada mereka buat masa ini kerana banyak keperluan yang saya perlukan pada tahun ini. Saya berterus-terang serta bercakap jujur apa yang ada dan bukannya hanya ingin memohon simpati daripada sesiapa atau ingin mengambil kesempatan jika tidak kerana saya betul2 terdesak dan sangat susah sekaranrg yang sangat2 memerlukan bantuan daripada yang sudi serta ikhlas membantu saya sekeluarga 😢

 

Update 25 / 07 / 2022

Kalau tuan/puan tak keberatan, boleh saya nak minta derma sikit dari tuan/puan untuk beli susu baby saya yang umur 3 bulan ni dan beras buat makan anak2 saya. Kesian mereka. Saya dah berusaha cari cuma belum dapat rezeki lagi. So far, lama dah husband saya tak ada bagi duit belanja untuk saya sebab dia sendiri pun tak ada pendapatan juga sekarang ni tu lah masalahnya. Anak saya yang 3 bulan ni ada menyusu badan juga tapi kadang2 sebab air susu saya pun tak banyak jadi nak harapkan menyusu badan je memang tak cukup. Kakak dia juga masih menyusu umur dia baru 1 tahun lebih. Dua2 anak saya sangat perlukan susu tepung.

Read More



Updates




Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Batrisyia  RM10.00
Top Contribution
May  RM1,000.00
First Contribution
Nor  RM10.00

37.0

Baki Lot Diperlukan

363.0

Lot Telah Terbeli

123

Penyumbang

2,073

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Batrisyia  RM10.00
Top Contribution
May  RM1,000.00
First Contribution
Nor  RM10.00

Kempen Lain