Saya Norwaniza binti Jamaluddin Ibu kepada Mohamad Zainil Iqmal pesakit terlantar disebabkan sawan dan telah menjalani pembedahan membuang separuh tempurung kepala pada tahun 2015 , ingin memohon semula bantuan dari pihak marhaen jika tiada keberatan disebab kan keadaan saya yang sangat susah di atas sebab perniagaan kecil kecilan seperti goreng-goreng dan laksa yg diusahakan saya dan suami kurang berjalan dengan baik. Sudah bermacam usaha kami lakukan tapi tidak mampu untuk menyediakan stok susu dan pampers anak OKU saya. Suami juga ada meminta kerja tapi disebabkan ada sakit ashma dia sukar untuk mndapatkn perkerjaan. Sebelum ni ada buat job sambilan servis air cond kerja bersama orang tapi tidak dipanggil lagi.
Zainil masih menerima rawatan di hospital besar ipoh, 6 bulan sekali untuk mengambil ubat-ubatan dan pantau perkembangan Zainil. Saya mempunyai 4 org anak dan 2 masih bersekolah. Saya ada menerima bantuan dari jkm sebanyak rm500 dan baitumal rm300 tapi itu tidak cukup untuk keperluan susu pampers dan tube susu yang melebihi harga yg sepatutnya
Susu ensure gold sebulan 15 tin × RM89.00 = RM1335.00
Pampers tena slim sebulan RM26 × 10 pax = RM260.00
Tube susu 1 pcs RM35 × 6 = RM210.00
Total semua RM1805.00
Perbelanjaan kami hari2 cukup untuk makan dan persekolahan anak. Saya cuma sy ingin memohon buat anak saya yg terlantar.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.