Saya Nor Syuhada suri rumah sepenuh masa, ingin meminta bantuan daripada pihak marhaen supaya dapat meringankan beban kami sekeluarga. Suami pula buat masa sekarang hanya bantu kawan buat kayu pallet, sebab suami saya tak boleh buat kerja berat, ada masalah kesihatan. Suami ada masalah pinggang. Dulu dia pernah kemalangan, selepas itu pinggang suami saya senget sikit, dan dia tak boleh buat kerja berat lagi. 6 bulan lepas mcm tu suami saya kemalangan. Saya ada 3 orang anak. 7 tahun, 4 tahun dan 1 tahun 6 bulan. Selain tu, saya ada jaga anak abg ipar yang dah bercerai umur 10 tahun.
Kini dia tinggal bersama saya. Saya tidak tahu sama ada masa-masa kedepan nanti abang ipar nak ambik anak dia atau tak sebab abang ipar pun dah kahwin lain sekarang. Saya ada menerima zakat RM200 sebulan. Pendapatan sebulan anggaran dalam RM600 bergantung juga pada order yang tak menentu, kalau ada orang order untuk buat rak pallet baru ada pendapatan, ikut pada rak apa yang orang order, contoh rak kasut rm50, dpat la sorang setengah dari hasil jualan tu. Sebelum ini, suami kerja pembantu kedai makan. Sekarang masih cuba usaha untuk cari kerja lain tapi belum dapat lagi. Suami pula tak boleh berdiri lama2 nanti pinggang akan rasa sengal. Suami tak buat rawatan apa-apa, selepas kemalangan tu dlm sebulan mcm tu baru dia ada rasa kat pinggang tu, cuma sekarang ni selalu pergi mengurut kampung saja. Sekarang saya tinggal di rumah sendiri, rumah pusaka arwah bapa mentua. Saya juga ada bil2 yang tertunggak. Bil api air saya sudah 8 bulan tak bayar sebab kami tak mampu.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.