Perlukan Bantuan Dana untuk Menjaga Dua Orang Anak OKU


Perlukan Bantuan Dana untuk Menjaga Dua Orang Anak OKU


MarhaenMY - Intan maszura bt nordin
Gemas, Negeri Sembilan
Published: Mar 15, 2022
93.3%
RM 5,648.00 RM 6,000.00


40.2
Baki Lot Diperlukan
564.8
Lot Telah Terbeli
219
Penyumbang
3,716
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
600 Lot Ditawarkan

Saya Intan Mazura ibu kepada dua anak orang kelainan upaya (OKU) perlu menjaga mereka dalam keadaan tertekan kerana suami tiada kerja tetap akibat pandemik. Walaupun begitu, saya tetap perlu menjaga amanah untuk membesarkan dua anak istimewanya itu bersama suami. Saya mempunyai 4 orang anak. 2 normal dan 2 OKU. Yang normal umur 19 dan 17 tahun. Anak yang 19 tahun ni masih belajar lagi. Yang OKU, umur 15 tahun, adik Aleaya autisme pendidikan khas dan seorang lagi 13 tahun, adik Hairie OKU celebral palsy yang kini hanya terlantar. Tiga orang anak saya masih bersekolah termasuk autism tu, banyak duit yang saya nak guna sebab anak2 pon dah nak masuk sekolah.

Suami baru sahaja mendapat kerja selepas beberapa kali dibuang dan diberhentikan sebelum ini akibat pandemic dan ada juga dibuang kerja sebab kerap ambik cuti untuk hantar anak ke hospital untuk rawatan susulan. Suami saya kerja buruh kasar dan berpendapatan RM2000 sebulan. Gaji suami pon tak berapa sangat untuk tampung kos rawatan anak, bil, sewa bulanan rumah dan sebagainya. Setiap bulan 2 kali kena bawa anak2 buat rawatan susulan dekat Hospital Segamat. Kos pengangkutan untuk ke hospital pergi balik pon RM300 lebih, itu pun belum masuk kos makan minum dekat hospital. Saya ada kereta tapi saya tak berani nak bawa, suami pulak tak berani ambik cuti selalu sebab takut nanti kena buang kerja lagi. Sebulan kos untuk anak OKU celebral palsy tu nak dekat RM500 lebih sebab dia perlukan susu dan pampers. Susu pun dekat RM95.00 1tin.

Perbelanjaan sebulan memakan kos sebanyak:

Susu pediasure 850g =  RM96.90 x 4 tin (sebulan)

Pampers = RM39.90 x 3 pack (sebulan)

Saya dapat bantuan JKM dan Baitumal. JKM RM500 dan Baitulmal one off setahun sekali, kadang RM500 kadang RM400. Saya tinggal di rumah sewa, sebulan RM300, rumah sewa 2 bulan tertunggak dan bil api saya pun ada yang tertunggak jugak. Saya berharap pihak marhaen dapat meringankan beban saya untuk menjaga anak2 saya yang istimewa ini. Saya berharap sangat bantuan daripada pihak marhaen.

 

Update 5 / 08 / 2022

Bulan ni 16 / 8 ada appointment dekat hospital segamat dan 21 / 8 dan 24 / 8 appointment dekat hospital batu pahat (pakar rehab). Bulan ni anak saya banyak appoinment dan saya masih perlukan bantuan macam tambang grab untuk ke hospital. Muka anak saya lepas ambik vaksin dos 2 dan tunggu giliran untuk jumpa pakar 1. Bila ada temu janji dengan pakar dekat hospital, naik grab pergi balik dekat RM150 dah. Alhamdullilah saya ada simpan sikit tapi tu lah saya kena fikir untuk tambang sahaja. Anak saya ada buat fisio dalam sebulan 3 kali dekat hospital segamat. Anak saya memang kena pergi 2 tempat yang berbeza tapi pada bulan yang sama sebab tu dari segi kewangan saya sangat memerlukan. Anak yang autisme dia jumpa pakar mata dan anak yang terlantar jumpa carakerja permulihan fisioterapi pada tarikh 21 / 8 di Hospital Segamat. Ambil tarikh sekali senang sebab sekali jalan. Kalau tidak kena sebulan 3@4 kali ke hospital. Untuk keperluan asas kami, kadang cukup kadang tak dan pernah juga terputus bekalan termasuk tak dapat nak beli pampers dan susu untuk anak-anak. Ni pun sampai fikir nak beli lauk tak ada duit dan kadang sampai bil api air terpaksa tertunggak. Harap gaji suami lepas bayar rumah motor dan kereta sahaja dan simpanan pun dah kering. Semalam baru beli beras 5 kilo.

 

Update 21 / 08 / 2022

Anak saya ada appointment fisioterapi dan carakerja pemulihan.

 

Update 25 / 08 / 2022

Anak saya kena pakai brace iaitu alat sokongan tulang belakang dia dan kena beli sendiri. Doktor ada call cakap harga alat tu dalam RM500. Saya masih memerlukan dana untuk kos pengangkutan dan pampers anak saya.

Read More



Updates




*Gambar ketiga masa anak buat fisio terapi

Update 19 / 01 / 2023

Saya masih amat memerlukan. Suami saya sekarang dah kerja tempat baru di Sg Tong Pelong. Baru dua minggu kerja tempat baru sebagai bawa mesin angkat kayu. Gaji suami ikut atas kayu, kalau lori bayar keluar kayu dapatlah duit. Dari segi kewangan untuk makan minum kadang tu sangkut juga. Kami pernah terputus bekalan nak beli lauk. Tapi anak syurga tak pernah merungut, kalau ada telur pun alhamdulillah dah. Rumah sewa bulan ni pun dah lewat. Bill api pun ada tertunggak juga. Suami berhenti dekat tempat kerja lama sebab gaji lambat bayar, kerja da setahun masa tu tapi KWSP tak ada masuk dalam sistem tapi dalam slip gaji kena potong. Anak yang sekolah pergi jalan kaki, yang tingkatan 5 duduk asrama nak SPM. 25/1 ni anak OKU autisme ada jumpa pakar dan mana nak cari tambang grab lagi.

Read More



Recent Contribution
ANNESA  RM10.00
Top Contribution
Suri  RM200.00
First Contribution
Uj  RM10.00

40.2

Baki Lot Diperlukan

564.8

Lot Telah Terbeli

219

Penyumbang

3,716

Pengunjung
Recent Contribution
ANNESA  RM10.00
Top Contribution
Suri  RM200.00
First Contribution
Uj  RM10.00