Kerja Sebagai Tukang Pintu Dengan Menyara Isteri Yang Sakit


Kerja Sebagai Tukang Pintu Dengan Menyara Isteri Yang Sakit


MarhaenMY - Sankar Shanmugam (Selva)
Johor Bahru, Johor
Published: Mar 16, 2022
74.67%
RM 2,260.00 RM 3,000.00


76.0
Baki Lot Diperlukan
226.0
Lot Telah Terbeli
106
Penyumbang
2,239
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
300 Lot Ditawarkan

Hi. Nama saya Sankar Shanmugam kerja sebagai tukang pintu dan bergaji harian ikut orders sahaja, saya dan keluarga amat-amat memerlukan bantuan untuk sara hidup kami sebab saya tak mampu tanggung semua masalah kewangan kami. Disebabkan saya seorang sahaja yang bekerja, isteri saya pulak pesakit darah tinggi dan sakit jantung yang masih menerima rawatan di HSA, saya masih tak dapat bayar sewa rumah kami, bil-bil melambung tinggi sebab uruskan perbelanjaan rawatan untuk isteri. Anak saya umur 13 tahun, 11 tahun, 8 tahun dan 4 tahun dan tak dapat nak hantar anak pergi ke sekolah sebab susah. Saya ada 3 orang anak yang kena pergi sekolah kalau saya hantar pagi kalau balik anak2 saya tak ada siapa boleh ambik. Isteri saya pernah jalan kaki untuk ambik anak2 dekat sekolah tapi isteri pernah rasa nak pitam dan sakit dada so doctor suruh jangan paksa diri sebab komplikasi jantung doctor syorkan dia ubat untuk diletak bawa lidah bila sakit so saya takut kalau apa2 jadi kat dia. Motor yang ada pun boleh guna untuk pergi ke kedai dekat je. Isteri saya ada surat dari hospital untuk check cardio, scope, CT scan dan fisioterapi pada bulan depan, kadang2 isteri saya tak dapat pergi ke klinik atau hospital untuk appointment doctor sebab tak ada transport dan tak cukup duit untuk tambang grab. Tambang grab selalu pergi RM22x2 kalau pergi balik

 

Kalau nak hantar anak2 pergi sekolah kena bayar tambang van sekolah. Saya pernah cuba cari kerja lain tapi tak jadi sebab takut kehilangan punca pendapatan sekarang. Kami tak ada kenderaan lain selain motor sahaja. Kami teruskan hidup kami dengan makan apa yang ada macam maggi, roti nasi cicah telur kadang2 saya akan bawa balik makanan yang orang baik hati bagi masa saya pergi pasang pintu di rumah mereka. Isteri banyak kali kena tahan kat wad bulan 2 ni sebab darah tinggi dan sakit dada stress sebab keadaan kami sekarang. Kami ingin minta tolong sebab kami nak selesai semua masalah hutang dan pindah ke rumah murah lain saya akan cari kerja lain sebagai pemandu lori untuk sara hidup kami lepas ini. Isteri saya masih lagi di hospital Permai Sultanah Aminah dan perlu bayar bil hospital dan belikan keperluan isteri saya. Sebab ulang alik hospital klinik semua, saya kena cuti tak dapat gaji kami dan dah putus bekalan makanan. Kami ada dapat bekalan makanan daripada MIC india sebab terputus bekalan makanan. Dan saya da cuba apply mySalam tapi ditolak tu saya jadi buntu. Saya harap ada orang dapat bantu kami 🙏🏼
 

Update 26/04/2022


Kami terpaksa keluar dari rumah sebab tak mampu bayar sewa rumah dan tengah cari rumah lain. Kami sekarang tumpang rumah orang (rumah kawan) dan motor pun dah rosak teruk. Nak cari rumah lain tu kami kena survive kat rumah kawan saya ni dan kami tumpang 1 bilik. Dana sebelum ni kami guna untuk bayar 1 bulan sewa,bil api air dan bayar hutang kedai runcit untuk beli barang makanan tu sahaja dapat selesaikan. Duit BKM yang kerajaan bagi pun kami guna untuk bayar lori masa kena keluar dari rumah, kami pun belum prepare barang keperluan sekolah anak2 lagi isteri saya sakit pun tak dapat pergi ke hospital dekat sini untuk rawatan susulan sebab masalah wang dan transport. Kami dah putus bekalan makanan sejak 25hb dan nanti kami kena bayar sewa sini dan bayar bil2. Saya sekarang kena admit dekat hospital (HTAR) sebab bisul. Selama ni saya cuba sedaya upaya untuk tanggung semua tapi sekarang saya pun tak boleh pergi ke kerja sebab sakit. Bisul kena operate dan saya tak boleh duduk langsung kena dressing hari2. Saya harap sangat ada orang bantu kami.

 

Update 27 / 06 / 2022

Untuk update kes saya sis. Kena operate lagi saya masih dalam mc sebab luka belum sembuh. Isteri pun kena admit. Bulan depan nak cardio. Tambah pulak anak pun sakit tulang dah jumpa pakar, bulan 11 nanti nak lanjutkan rawatan nak simen kaki dia. 

 

Update 2 / 08 / 2022

Sekarang ni anak saya ada sakit tulang, dan saya da sertakan surat doktor untuk sakit anak saya. Bulan 8 ni pun isteri saya ada appointment juga, jadi kami betul2 memerlukan dana. Saya harap ada pihak yang sudi bantu kami. Report cardio isteri saya nanti 10 / 8 / 2022 kena jumpa pakar. Tunggakan bil elektrik dan TNB akan potong harini kalau tak dapat bayar.  🙏🏽

 

Update 15 / 08 / 2022

Sekarang doctor dah refer saya ke hospital serdang untuk angiogram lepas buat cardio so saya kena ulang alik ke hospital sana lepas dapat appointment 🙂

Read More



Updates




Keadaan mereka yang sekarang menumpang rumah kawan (1 bilik)

Read More



Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Muhd  RM10.00
Top Contribution
Izmer  RM100.00
First Contribution
Uj  RM10.00

76.0

Baki Lot Diperlukan

226.0

Lot Telah Terbeli

106

Penyumbang

2,239

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Muhd  RM10.00
Top Contribution
Izmer  RM100.00
First Contribution
Uj  RM10.00