Tak Teruskan Persekolahan Semata Mata Ingin Bantu Ibu Ayah


Tak Teruskan Persekolahan Semata Mata Ingin Bantu Ibu Ayah


MarhaenMY - JIJAH BINTI HUSSIN
Miri, Sarawak
Published: Mar 17, 2022
100%
RM 2,000.00 RM 2,000.00


0.0
Baki Lot Diperlukan
200.0
Lot Telah Terbeli
70
Penyumbang
576
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
200 Lot Ditawarkan

Alasan kami memerlukan bantuan ini untuk keperluan barang dapur dan belanja harian itu sahaja yang kami mahu sebab kami tidak mampu. Saya mahu bekerja tapi saya masih di bawah umur sebab itu saya ingin memohon bantuan ini untuk membantu ibu bapa saya. Saya berumur 16 tahun tapi saya sudah tidak sekolah sejak umur saya 13 tahun lagi. Mak saya berumur 53 tahun dan ayah umur 59 tahun. Saya ada 6 orang adik beradik dan semua tinggal berasingan. Mereka semua sudah berkahwin. Mak ayah memang tak bekerja. Adik beradik ada juga bagi duit dekat mak ayah tapi banyak tu tidak lah ada lah pakai belanja seharian. Kadang2 kalau mereka ada terima bulan dalam RM30. Lebih RM50 ke bawah macam tu sebab mereka kan dah berkeluarga jadi mereka susah sikit nak bagi banyak lebih dari tu. Mak ayah ada dapat bantuan dari segi makanan tapi jarang la dapat. Kami ada dapat JKM dalam RM400 sebulan. Dulu mak ayah kerja sebagai nelayan sekarang dah tak lepas ayah start sakit dan kena potong kaki sebab tu kami cuma harap kan kumpul tin kumpul besi tu je. Dulu mak ayah kerja sebagai nelayan sekarang dah tak lepas ayah start sakit dan kena potong kaki. Sebab tu kami cuma harap kan kumpul tin kumpul besi tu je.

 

Buat masa sekarang ni pekerjaaan saya cuma cari besi dan kutip tin untuk menampung perbelanjaan harian saya dan ibu bapa saya. Saya harap dengan bantuan ini dapat membantu saya dan satu lagi kalau ada hamba Allah yang sudi menderma untuk saya belikan sebuah motosikal untuk saya menghantar bapak saya ke klinik dan untuk saya mencari rezeki sebab saya tak ada kenderaan setakat ini saya cari rezeki menggunakan jalan kaki kadang kadang saya menumpang dengan kawan saya untuk membawa tin atau besi yang saya jumpa untuk di jual dan saya berharap dengan bantuan ini dapat lah saya menampung perbelanjaan keluarga saya dan menerus kan usaha saya untuk menolong ibu bapa saya.Ayah saya ada sakit kencing manis sebab tu kaki dia kena potong. Jualan yang saya dapat kutip tin dan besi adalah dapat dalam 3 hari dapat RM60 kadang-kadang RM20 sebab kami kalau jual tin mesti kumpulkan dulu supaya banyak untuk di jual. Kami sini takda pakai elektrik, kami sini pakai generetor sambung dengan rumah jiran. Kadang-kadang air kami pun lambat bayar kami cari rezeki dulu kalau ada rezeki kami bayar. Air kalau hujung bulan dalam RM50 ke bawah macam tu lah bayaran nya. Kehidupan kami sekeluarga sekarang hidup susah kadang kadang ada org buang besi adalah saya dapat rezeki untuk di jual.Dari situ lah pendapatan kami. Kami berharap cik dapat membantu kamu dengan ikhlas.Kami hargai sangat atas bantuan yang cik sampai kan untuk kami.

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Nadhirah  RM60.00
Top Contribution
Ayamkambing  RM600.00
First Contribution
Ayamkambing  RM600.00

0.0

Baki Lot Diperlukan

200.0

Lot Telah Terbeli

70

Penyumbang

576

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Nadhirah  RM60.00
Top Contribution
Ayamkambing  RM600.00
First Contribution
Ayamkambing  RM600.00

Kempen Lain