Adik Adlina Menderita Sindrom Kecacatan Tulang Punggung Sejak Lahir


Adik Adlina Menderita Sindrom Kecacatan Tulang Punggung Sejak Lahir


MarhaenMY - Rasida Binti Ahmad
PADANG SERAI, Kedah
Published: Mar 18, 2022
63.25%
RM 2,530.00 RM 4,000.00


147.0
Baki Lot Diperlukan
253.0
Lot Telah Terbeli
113
Penyumbang
2,359
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
400 Lot Ditawarkan

Ibu kepada Adik Adlina, puan Rasida tidak dapat menahan rasa sebak apabila anaknya bertanya kenapa dilahirkan tidak sempurna seperti insan lain. Adlina yang berumur 14 tahun hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda berikutan dilahirkan tidak sempurna. Anak bongsu daripada dua beradik itu dikesan menghidap 'Caudal Regression Syndrome', penyakit kecacatan tulang punggung sejak lahir yang menyebabkan lututnya tidak boleh membengkok seperti orang lain dan tapak kaki pula membengkok ke dalam. Keadaan itu juga menyebabkan buah pinggang Adlina rosak dan doktor juga mengesan jangkitan kuman dalam air kencingnya. Berikutan itu, Adlina terpaksa dipasang tiub pada saluran kencing selain dia turut menggunakan lampin pakai buang seumur hidup.

 

Adlina terpaksa merangkak sejak kecil menggunakan kedua-dua tangan serta kaki sehingga membuatkan pergerakannya terbatas tidak seperti insan normal lain. Selepas usia Adlina mencecah tujuh tahun barulah dia menggunakan kerusi roda sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang sudah diubah suai untuknya. Kerusi roda terbabit digunakan untuk memudahkan pergerakan Adlina ketika dia berada di sekolah dan sehingga kini dia dilihat selesa menggunakannya. Sekarang ini Adlina dirawat di Hospital lama Sungai petani dan Hospital besar pulau pinang untuk rawatan susulan. Adlina kena buat dialisis seminggu tiga kali dekat Hospital lama sungai petani (HDU) dan Adlina perlu memakai tiub kencing SPC yang perlu ditukar setiap enam minggu sekali di hospital Penang. Kalau rawatan Adlina di Hospital Sungai Petani puan Rasida pergi sendiri naik kereta sendiri tapi jika perlu membuat rawatan di Hospital Besar Pulau Pinang dia pergi dengan teksi sebabnya kereta yang keluarga ada sudah lama dan tidak berani untuk bawa pergi jauh-jauh. Bajet pergi dan balik naik teksi utk ke Hospital Penang enam minggu sekali dalam anggaran RM200 dan kos pengangkutan duit minyak utk ulang alik kat pusat hdu sebanyak RM300.

 

Buat masa sekarang, kos sara hidup bergantung kepada anak sulungnya yang kerja di sebuah ladang di Kulim, Kedah dan suaminya yang hanya membuat kerja kampung dan berpendapatan tidak menentu anggaran RM1000 jika ada kerja. Selain bantuan JKM berjumlah RM150 dan abang Adlina, mereka juga mendapat zakat Asnaf RM200 saja sebulan. Untuk kos rawatan Adlina tidak pasti kerana ditanggung oleh kerajaan. Puan Rasida berharap pihak marhaen dapat membantu anaknya untuk membeli satu alat yang dinamakan button hole untuk pistula dan jarum untuk dialysis yang beranggaran RM1000. Dia juga sangat berbesar hati jika menerima pampers jenama DRYPERS kerana Adlina memerlukan 4 beg sebulan saiz XXL.

 

Update 29 / 06 / 2022

Selamat petang adlina sihat alhamdulillah. Dia masih meneruskan dialisis 3 hari seminggu dan juga masih lagi pergi hospital Penang tukar tiub SPC 6 minggu sekali. Yang terbaru kami ada memohon kerusi roda yang baru untuk dia dan sekarang dalam proses. Bulan Ogos nanti kami jumpa rehab hospital sultanah Bahiyah Alor Setar dan dapat keputusan samada permohonan diluluskan atau tidak harga dia RM2300. Itu yang dibagitahu kepada kami. Itulah perkembangan terkini Adlina.

Yang kerusi roda tu, kami buat melalui jabatan sosial hospital sultanah Bahiyah Alor Setar. Kena tengok la macam mana keputusan nya. Alhamdulillah masih boleh bertahan. Lagipun kesihatan dia semakin membaik. Dulu kami minta bantuan kerana dia sering masuk hospital. Sekarang ni semuanya alhamdulillah dah okay jadi kak rasa bantuan tu berilah kepada orang lain yang lebih memerlukan. Kalau rasa tak mampu, barulah kak akan minta. Terima kasih. Yang keruso roda tu kami tak dapat gambar dia lagi. Sekarang ni pakai yang biasa je, yang depa nak bagi tu upgrade sikit memandangkan kaki dia tak boleh lipat macam kita. Anak saya buat dialisis 3 kali seminggu iaitu Isnin, Rabu dan Sabtu.

Read More



Updates




Update 31 / 03 / 23

Selamat pagi. Adlina sihat sekarang. Kami masih perlukan bantuan untuk membeli jarum dialisis dan tambang untuk pergi hospital untuk temujanji serta ulang alik hantar dia pergi dialisis ini kerana ayah dia tak sihat sekarang dan tak lagi boleh bekerja. Ayah dia kerja kat reban ayam dalam kampung sahaja. Untuk kerusi roda baru Adlina REHAB HSB Alor Setar yang buat tapi zakat yang sponsor. Gaji ayah dia RM1200 sebulan tapi bukan tiap2 bulan sebab ayam yang diternak bila dah besar keluar nak masuk yang baru makan masa. Jadi kira selang 1 bulan baru ayah dia ada kerja. Abang dia masih lagi bekerja dan sekarang semua berharap pada dia je lah. Adlina cuma ada dua adik-beradik. Dia dan abang dia je lah. Ya abang dia masih kerja kat ladang tu basic dia  RM1500. Pernah terputus bekalan makanan bulan lepas masa abah dia mula sakit. Dia sakit edema dan angin pasang surut . Edema ni air dalam badan tak mau keluar melalui kencing kerana tak boleh kencing jadi perut membesar dan kemaluan dia terutama telur membengkak. Dah pergi check kat hospital cuma bagi ubat lawas kencing dan najis saja suruh makan kerana air besar pun payah jugak nak buang. Kadi tak selesa nak tidur malam pun susah. Dulu masa sebelum kahwin angin pasang surut tu dah ada tapi dia dah buat operation dah ok. Edema ni baru ja tahun ni dapat.

Read More



Recent Contribution
Fadli  RM10.00
Top Contribution
Yazma  RM150.00
First Contribution
Diana  RM10.00

147.0

Baki Lot Diperlukan

253.0

Lot Telah Terbeli

113

Penyumbang

2,359

Pengunjung
Recent Contribution
Fadli  RM10.00
Top Contribution
Yazma  RM150.00
First Contribution
Diana  RM10.00

Kempen Lain