Bantuan Buat Nenek Yang Tiada Pendapatan Menjaga Cucu Yang Mild Autisme


Bantuan Buat Nenek Yang Tiada Pendapatan Menjaga Cucu Yang Mild Autisme


MarhaenMY - Ruhadah Binti Hussin
Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
Published: Mar 18, 2022
100%
RM 1,500.00 RM 1,500.00


0.0
Baki Lot Diperlukan
150.0
Lot Telah Terbeli
63
Penyumbang
879
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
150 Lot Ditawarkan

Saya memerlukan bantuan untuk perbelanjaan dapur sebab saya suami isteri sudah tidak mampu untuk bekerja dan amat memerlukn barang keperluan dapur. Sekarang ni saya jaga cucu 2 orang yang berumur 7 tahun dan 5 tahun kerana mak ayah mereka sudah bercerai.Ayah pada cucu saya ni tidak ambil tahu hal cucu saya ni harap ibu mereka sahaja dengan gaji yang tidak seberapa sebab mak cucu saya ni kerja tidak menentu. Seorang dari cucu saya ni mild autism dan adiknya umur 5 tahun mereka memerlukan pampers dan susu. Kalau boleh saya mahu pampers sarung sebab yang sulung umur 7 tahun malu nak bagi pakai , kalau bukan yang sarung sebab pergi sekolah kena guna pempes sbb dia ni autism, takut nak cakap bila nak buang air. Sekarang ni saya betul-betul dalam kesusahan amat memerlukan bantuan. Saya suami isteri ada penyakit kencing manis darah tinggi.

 

Saya suami isteri tidak bekerja tetapi suami kalau ada org mintak tolong cat rumah ke atau bersihkan rumah ke dia akan buat dan daptlah upah sikit2.Emak pada cucu saya ni bekerja di kedai mkn makan kemas-kemas dan cuci pinggan .Cucu dua- dua saya jaga termasuk yang autisme.Buat masa ni belum buat lagi rawatan, nak buat kad oku pun saya masih tak sampai hati lagi sebab setakat ni dia masih boleh kawal sebab dia mild sahaja. Anak anak saya yang lain ada hulurkan bantuan juga tetapi bukan tiap tiap bulan kerana mereka pun agak susah juga selepas berkahwin. Rumah memang ada tertunggak keperluan rumah saya tidak tahu nak agak sebab saya tidak pernah beli untuk sebulan sebab kita tiada pendapatan tetap. Bila barang habis kalau ada duit baru beli. Cucu pakai pampers saiz xl dan xxl. Kakak xl yang autism, adik xxl.Susu dutch lady sahaja. Untuk tunggakan bil atau sewa rumah kami tiada tunggakan. Kami sekeluarga juga tidak pernah dapat bantuan daripada mana mana pihak.

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Luna  RM30.00
Top Contribution
Anwar  RM100.00
First Contribution
Anis  RM10.00

0.0

Baki Lot Diperlukan

150.0

Lot Telah Terbeli

63

Penyumbang

879

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Luna  RM30.00
Top Contribution
Anwar  RM100.00
First Contribution
Anis  RM10.00