Assalamualaikum. Saya seorang suri rumah dan baru sahaja selepas melahirkan anak pada 8/3 tetapi belum sempat anak saya melihat dunia pada 13/3, dia telah meninggal dunia selepas 5 hari dilahirkan kerana saya disahkan positive covid-19 ketika bersalin. Suami saya hanya berniaga kuih sahaja untuk mencari pendapatan keluarga. Hasil jualan kami tidak tetap bergantung kepada hari, kalau pada hari itu kuih habis dijual maka sehari boleh dapat dalam RM27-RM35 macam tu.
Saya mempunyai 3 orang anak yang masih sekolah. Suami saya berniaga kuih dan ada juga letak di kilang dan pasar pagi. Rumah kami tiada tunggakan kerana kami tumpang rumah tok saya , jadi tiada tunggakan sewa, bil api air. Anak anak saya berumur 9 tahun , 7 tahun dan ketiga berumur 2 tahun cumanya yang bongsu tidak umur panjang. Sebelum ini suami saya bekerja di Secret Recipe dan saya pula pernah bekerja sebagai promoter baju brand Body Glove. Sebelum ini kami tiada masalah dalam kewangan cumanya bila kami berdua hilang pekerjaan, kami agak tersepit sehingga tidak mampu untuk menyediakan keperluan dapur, barang rumah dan anak anak. Untuk jualan kuih tepung bungkus itu, masa pkp kami tak tau nak buat apa sebab suami pun berhenti kerja lepastu kebetulan mak mertua saya buat jual kuih-kuih jadi suami saya belajar buat kuih tepung bungkus dari ibu dia.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.