Bantuan Buat Hani Yang Kehilangan Punca Pendapatan Untuk Keluarga


Bantuan Buat Hani Yang Kehilangan Punca Pendapatan Untuk Keluarga


MarhaenMY - NURHANI HAZWANI BINTI HASSAN
Alor Setar, Kedah
Published: Mar 19, 2022
44%
RM 1,320.00 RM 3,000.00


168.0
Baki Lot Diperlukan
132.0
Lot Telah Terbeli
67
Penyumbang
842
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
300 Lot Ditawarkan

Saya Nurhani memerlukan sedikit sumbangan ataupun bantuan untuk saya sekeluarga. Saya terpaksa berhenti kerja dan mencari kerja baru kerana kerja saya yang sebelum ni hanyalah sebagai cleaning servis (rumah ke rumah) . Oleh kerana kawan-kawan saya terlalu ramai yang positif covid-19 sebelum ini . Kami kekurangan kerja kerana tiada customer yang booking dengan kami. Pendapatan kami tersangat-sangat terjejas kerana saya pekerja yang bergaji mingguan. Suami saya hanyalah pekerja kampung yang mengusahakan tanah tanah kosong seperti (kebun dan sebagainya) itupun suami bergantung gaji dengan pada setiap kerja yang orang panggil dia buat kerja. Kadang-kadang bergantung pada cuaca . Oleh sebab itu, saya dan suami agak sukar untuk sumber pendapatan untuk kami sekeluarga buat masa sekarang. Dan sekarang saya tidak dapat bekerja hanya mengharapkan suami seorang kerana saya terpaksa menjaga anak yang masih kecil berumur 5 bulan baru. Kadang-kadang suami terpaksa mencari barang-barang yang lusuh untuk dibawa jual.

Dan kami juga diberi tempoh untuk keluar daripada rumah sewa pada 15hb ini tetapi saya minta masa sedikit lagi untuk kami mencari sewa rumah yang lain oleh kerana pendapatan kami belakangan ini pun agak tersepit dan tidak dapat untuk kumpul duit deposit rumah baru lagi. Kami dihalau akibat tidak dapat nak bayar tunggakan sewa sebelum ini.Dengan ini saya mohon sedikit sebanyak bantuan daripada sesiapa sahaja yang ikhlas ingin membantu kami sekeluarga. Kami sekeluarga tidak pernah dan menerima bantuan daripada mana mana. Setakat ini yang duduk rumah saya ada 4 orang iaitu suami , saya , anak saya yang 5 bulan dan adik saya yang ada masalah dengan rumah tangga beliau.

 

Update 1 / 08 / 2022

Saya perlukan bantuan untuk perubatan suami saya sebab dia tengah tak sihat sekarang. Kaki suami baru sakit 2 / 3 bulan dan kali kedua berlaku. Sekarang sakit dia da merebak ke tangan. Jari suami saya baru je kering lepas jadi teruk ni dia jadi naik pulak nanah² tu. Kaki suami sampai balut dengan cellotape sebab lalat asyik nak hurung. Sakit suami tu baru ja lega ni naik balik nanah tu . Tu saya tanya kalau² ada apa² bantuan yang boleh saya mohon untuk semua tu. Sebab kami kerja sendiri, cleaner sendiri dan cuci rumah orang. Dan pendapatan tak menentu. Pendapatan tengok pada berapa jam tuan rumah ambik. Sekarang dah dekat 2 3 bulan saya tak boleh kerja, tak ada pendapatan kecuali pertolongan jiran2 mengenai makan. Dan sekarang saya pulak tengah mengandung. Ada tanggungan lagi. Kalau suami tak sihat saya automatic tak boleh buat kerja sebab saya bergantung demgan dia jugak sekarang. Anak saya yang ke 7 last umur 10 bulan. Kalau ikutkan semua anak saya nak masuk 8 orang dan sekarang saya sedang mengandung yang ke 8. Tapi yang ada dengan saya dan saya bela sekarang hanya 2 orang. Anak sulung saya dan anak dengan suami sekarang. Saya pernah berkahwin sebelum ni. Suami da check dekat hospital tapi hospital cakap ekzema, dan suami pergi poliklinik Azhar cakap ni bukan ekzema. Sebelum saya nak mintak bantuan ni saya dah ikhtiar cari ubat merata dah siap bawak suami pergi check di tempat kena duit. Surat masa di poliklinik pun ada dan diorg suruh ambik ubat pastu cuci kaki. Tarikh last suami pergi check 23 / 5 / 2022.

Read More



Updates




Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Syahirah  RM10.00
Top Contribution
Yaya  RM100.00
First Contribution
Hamba Allah  RM10.00

168.0

Baki Lot Diperlukan

132.0

Lot Telah Terbeli

67

Penyumbang

842

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Syahirah  RM10.00
Top Contribution
Yaya  RM100.00
First Contribution
Hamba Allah  RM10.00