Serangan angin ahmar yang dialami Encik Akbar Nizam, setahun lalu mengubah kehidupannya dan dia kini hanya terlantar di rumah. Isterinya, Puan Fazziah terpaksa mengambil alih tugas menyara keluarga dengan menjual kuih tradisional yang dihantar ke kedai-kedai untuk menampung belanja termasuk persekolahan anak dan perubatan. Sehari dapat RM40 bersih tapi bergantung kalau kuih banyak habis dapat lebih, kalau tidak habis hasil jualan pun kurang, sebulan lebih kurang RM500. Serangan angin ahmar itu memberi kesan pada bahagian kiri badan suaminya. Suaminya juga menghidap darah tinggi, kencing manis dan asma. Dia hanya terbaring di atas kerusi dan dia hanya boleh bergerak jika ada kerusi roda. Suaminya menjalani terapi di Hospital Bandar Pusat Jengka setiap 2 bulan sekali dan membuat rawatan di klinik kesihatan tekam setiap 3 bulan sekali. Setakat ini masih belum ada perubahan. Sebelum ini, suami bekerja sendiri seperti mengambil upah mesin rumput dan meniaga nasi lemak. Menurut ibu empat anak berusia 3 hingga 17 tahun itu, turut berdepan ujian apabila anak keempat, Adik Azriq berumur 3 tahun yang juga sindrom Down menderita penyakit tiroid selain cacat pada kemaluan. Adik Azriq perlu menjalani rawatan di hospital temerloh sebulan 2 atau 3 untuk pakar kanak2, pakar telinga, pakar mata, pakar pertuturan dan pakar bedah.
Bulan 12 tahun lepas, ada appointment dengan pakar bedah. Kemaluan adik Azriq pendek dan doktor memberitahu kepada puan Fazziah bahawa kemaluan anaknya tak perlu bedah sebab tak bengkok klu bengkok bru kena bedah dan sekarang masih dlm pemantauan doktor. Kos untuk suaminya sebulan anggaran RM300 dan anaknya perlu minum susu predisure d S26 sahaja jika bagi susu yang murah perut anaknya tidak tahan dan anaknya cirit birit. Sebulan dia perlukan 4 tin utk anknya yang beharga RM97 setin. Dia juga perlu menyewa kereta untuk rawatan anaknya dan suaminya setiap bulan. Untuk kos sewa keta pergi Hospital Termerloh RM100 dan Hospital Jengka dalam RM40. Disebabkan kesusahan dan tekanan kewangan, puan Fazziah dan suaminya terpaksa memindahkan anak berusia 15 dan 17 tahun dari sekolah menengah agama berasrama di jerantut ke sek. Menengah felda kota gelanggi 2 sebab dekat dgn rumah bagi mengurangkan perbelanjaan. Dia mendapat bantuan JKM rm650 sebulan. Dia berharap pihak marhaen dapat membantunya meringankan beban keluarganya kerana duit utk menapung dgn menjual kuih tidak cukup dan dia juga berharap dapat membeli kerusi roda untuk suaminya supaya senang untuk bergerak.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.