Bantuan Buat Kos Rawatan Susulan Julia


Bantuan Buat Kos Rawatan Susulan Julia


MarhaenMY - Julia Binti Abdul Rashid
SIK, Kedah
Published: Mar 20, 2022
90%
RM 4,500.00 RM 5,000.00


50.0
Baki Lot Diperlukan
450.0
Lot Telah Terbeli
170
Penyumbang
2,438
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
500 Lot Ditawarkan

Puan Julia, 38 tahun adalah Orang Kelainan Upaya. Mempunyai 3 orang anak masing-masing berumur 19 tahun, 16 tahun dan 10 tahun dan suami yang bekerja sebagai penoreh getah. Pada 23/2/2022, Puan Julia terlibat dalam satu kemalangan motorsikal yang mengakibatkan kecederaan yang teruk iaitu patah bahagian bahu dan pinggang dan paru-paru bocor kemungkinan disebabkan kesan daripada kemalangan. Disebabkan itu, Puan Julia telah menjalani pembedahan sehingga memakan kos mencecah RM13,000. Kos pembedahan telah selesai dibayar daripada dana Jabatan Kerja dan Sosial. Namun, Puan Julia masih perlu menjalani rawatan susulan iaitu akan menjalani rawatan cuci luka (ns dressing) di Klinik Kesihatan, Puan Julia akan menjalani rawatan chest x-ray di hospital pada 21/3/2022, Pesakit akan menjalani rawatan pemulihan (rehab) di HSB pada 11/4/2022, Pesakit akan menjalani rawatan x-ray tulang pada 13/4/2022 dan beberapa temuduga lain. Kesemua rawatan akan dilakukan di hospital kerajaan dan kos untuk rawatan adalah percuma. Puan Julia da 20 hari terlantar dekat hospital. Namun, untuk ke hospital suami Puan Julia perlu menyewa ambulans swasta untuk pergi ke hospital disebabkan hanya mempunyai motosikal sahaja sebagai kenderaan utama. Disebabkan kesukaran bergerak serta terlantar juga menyebabkan Puan Julia terpaksa menyewa kenderaan yang sesuai. Jarak rumah ke hospital adalah kira-kira 45km. Kos sewa ambulans untuk balik ke rumah sahaja selepas discharge wad adalah RM400. Kemungkinan kos sewa ambulans untuk ambil pesakit ke hospital dan hantar balik adalah RM800 atau lebih. Untuk pengangkutan kami tak terfikir untuk mintak resit sebab kena bayar tunai.


Suami Puan Julia hanyalah bekerja sebagai penoreh getah yang berpendapatan tidak menentu. Kadang musim hujan jadi pendapatan pun kurang. Pendapatan kasar diperoleh sebanyak RM1000 sebulan daripada upah menoreh pokok getah orang.
Sangat tidak mencukupi untuk masa sekarang ditambah pula untuk menanggung kos sewa ambulans dan persekolahan anak-anak mereka serta makan minum. Anak-anak Puan Julia yang masih bersekolah cuma sorang yang berumur 10 tahun, yang 16 tahun sudah berhenti sekolah dan sekarang kerja sambilan untuk tolong keluarga. Manakala yang 19 tahun dalam proses nak sambung belajar tapi anak dia tak mintak sambung disebabkan masalah kewangan dan sekarang dia yang jaga Puan Julia. Puan Julia tak ada tunggakan sewa rumah sebab rumah yang didiami sekarang ialah rumah sendiri. Dan tak ada masalah bayaran bil api air. Puan Julia ada mendapat bantuan daripada JKM sebanyak RM450 untuk pesakit OKU mental. Untuk ubat-ubatan memang dapat dari hospital. Hanya perlu beli ubatan sampingan sebab lepas balik dari hospital, Puan Julia akan mengalami demam, batuk serta sembelit. Ubat selalunya beli di farmasi dan Puan Julia memang memerlukan pampers. Keperluan asas mereka sebulan RM800 dan kadang tak menentu manakala kos keperluan asas pon meningkat sebab perlu membeli keperluan Puan Julia yang sakit juga.

 

Update 08 / 4 / 2022

Kami masih memerlukan dana untuk tampung kos sara hidup, utiliti dan kos untuk ulang alik ke hospital untuk rawatan. Kami duduk rumah sendiri bantuan dari PPRT cuma tanggung kos air dan elektrik sahaja. Untuk kos rawatan susulan macam rawatan kesihatan mental, chest x-ray, rehab dan x-ray tulang serta kos ubat-ubatan tu semua rawatan akan dilakukan di hospital kerajaan dan kos untuk rawatan adalah percuma. Anak sulung sambung tingkatan 6. Tak mintak sambung ke universiti atas masalah kewangan. Tapi buat masa sekarang, anak sulung yang jaga pesakit (Puan Julia) dan uruskan kerja rumah. Dan bercadang nak berhenti belajar untuk jaga pesakit. Untuk rawatan dressing tak dikenakan bayaran. Anak kedua yang tak sekolah kerja sambilan kontrak buat rumah. Dan bulan 7 nanti Puan Julia akan ada rawatan susulan pulak untuk check keadaan dia.

 

Update 16 / 06 / 2022

Puan Julia baru-baru ni telah masuk hospital sebab mengalami sesak nafas dan perut kembung. Doktor kata kemungkinan usus berlipat haritu. Pada 8/6 Puan Julia telah keluar hospital dan keputusan hospital keluar sebab usus luka, hati bengkak dan gastrik. Ubat yang dia makan tu tak sesuai.

Read More



Updates




Update 20 / 10 / 2022

Asalamualaikum ni anak dia. Mak saya lumpuh lagi tak boleh bangun dan memang masih perlukan bantuan sebab mak saya nak kena beli ubat-ubat. Untuk pampers, beg kencing dan ubat-ubat yang doktor tak bagi.

List : Panadol, makanan, gagaviscon, beg kencing, pampers, ubat kembung, gel kencing, ubat saraf, ubat luka, susu, paip kencing, vitamin, ubat berak dan ubat gastrik

Kos-kos ni semua dalam RM300. JKM ada dapat dalam RM450 tapi tak cukup sebab abah menoreh getah sebulan RM500Kalau ujan abah tak dapat menoreh, sebulan RM500 pun tak sampai. Keperluan sebulan kami pun tak berapa cukup sebab barang-barang sekarang makin mahal. Saya anak Puan Julia, Nurul Alis belum berkahwin dan tidak bekerja sebab menjaga mak saya yang sakit. Mak saya tak ada siapa yang urus. Saya anak sulung dan 2 lagi adik beradik lain masih bersekolah. Saya umur 19 tahun, adik 16 tahun dengan 10 tahun.

 

Update 17 / 02 / 23

Aslammualaikum, mak saya masih memerlukan bantuan. Tak buat chekup sebab susah nak pergi hospital kenderaan seperti kereta sendiri tak ada. Hospital jauh dari segi kos rawatan tak ada dan tak mampu nak sewa ambulans lama dah tak hubungi doktor.

Read More



Recent Contribution
ANNESA  RM10.00
Top Contribution
AA  RM500.00
First Contribution
Maz  RM30.00

50.0

Baki Lot Diperlukan

450.0

Lot Telah Terbeli

170

Penyumbang

2,438

Pengunjung
Recent Contribution
ANNESA  RM10.00
Top Contribution
AA  RM500.00
First Contribution
Maz  RM30.00