Suami Menderita Sakit Buasir Dan Tidak Dapat Bekerja Macam Biasa


Suami Menderita Sakit Buasir Dan Tidak Dapat Bekerja Macam Biasa


MarhaenMY - Norhaliza bt Ahmad Zaki
Tanah Merah, Kelantan
Published: Mar 23, 2022
100%
RM 4,010.00 RM 4,000.00


0.0
Baki Lot Diperlukan
401.0
Lot Telah Terbeli
94
Penyumbang
1,564
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
400 Lot Ditawarkan

Assalamualaikum tuan puan. Saya Norhaliza merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan sudah berkahwin. Kami ada dua orang anak ( 3 tahun 8 bulan dan 1 tahun 6 bulan ) dan menyewa di sebuah rumah dengan sewa bulanan RM250 sebulan. Sebelum ni suami kerja setiap hari dan kadang kadang tak menentu. Suami kerja kuli buat rumah batu dan gaji suami sangat kecil. Tapi kalau dah habis dekat situ, dia kena pergi cari tempat lain pulak sebab bukan boleh kerja tempat sama selama2 dan kalau dah siap dekat situ, kena cari tempat lain pulak, macam tu la. Tapi bila suami saya ada sakit buasir dan sakit pergelangan tangan dia diberhentikan kerja sebab kerap cuti. Sebelum ni dia da pernah kena tapi masih boleh buat kerja lagi. Suami ada ke hospital tapi untuk ambik ubat sahaja. Bila tiada kerja buruh, dia ambil upah tolong orang. Walaupun begitu, gaji yang diberi tidaklah banyak tambah tambah sekarang barang- barang makin mahal.

 

Gaji tempat kerja tak tetap. Gaji sebulan hanya RM700 dan kalau cuti gaji tak jalan. Jadi agak sukar juga untuk membeli barang asas masa kini. Saya tidak dapat bekerja disebabkan anak anak masih kecil dan perlukan ada orang jaga. Jika dihantar ke pengasuh, kena fikir untuk kos bayar pengasuh pula. Sewa rumah juga ada tunggakan sebulan dan bil pun ada juga tunggakan. Kami memang tak dapat nak bayar sebab memang kesempitan duit. Masa 2020 pun pernah terjadi macam ni, kami kesempitan ekonomi disebabkan musim pkp. Tapi, Alhamdulillah ada sesetengah hamba Allah yang sudi bantu. Dengan ini kami memohon sumbangan dari tuan/puan untuk membeli keperluan barang dapur, pampers. Dalam sebulan keperluan asas kami dalam RM400 macam tu. Kalau pampers anak biasa saya beli memang yang tak ada brand. Saya memang tak kisah jenama apa2 tapi size anak2 size M & XL. Kalau susu untuk anak saya memang beli Fearnleaf 1 - 3 tahun. Untuk bantuan saya pernah mohon baitulmal, ada hamba Allah yang tolong uruskan tapi tak dapat pun, sampai sekarang. JKM dan zakat, pernah mohon tapi tak dapat juga. Terima kasih sudi mendengar keluhan kami.

 

Update 10/4/2022

Asalamulaikum Cik. Kat sini saya mintak maaf sangat2 sebab lambat balas πŸ™πŸΌπŸ™πŸΌ Dan duit bantuan Alhamdulillah. selepas tahu yang cik bagitahu terus saya ambil dan terpaksa beli beras, susu anak dan pampers dia, sedikit barang dapur disebabkan kami betul2 terputus bekalan makanan dan susu anak, Cik. Dan saya ucapkan beribu terima kasih cik πŸ™πŸΌπŸ™πŸΌπŸ˜­ Untuk tunggakkan sewa rumah yang sebulan tu, memang kami belum mampu bayar cik, dan tuan rumah jugak hampir setiap hari telefon tanya duit sewa. Saya malu sangt2 dekat cik kerana terpaksa meminta di sini 😭 Harap urusan kita smua dpermudahkn segalanya🀲🀲

 

Update 14/06/2022

Keadaan kami masih macam biasa dan suami pun kerja pun kadang2 sebab selalu ambil cuti oleh kerana tak sihat, jika ada duit sikit2 terpaksa berjimat untuk simpan buat bayar sewa rumah dan kereta tiap2 bulan. Dana yang saya dapat dari cik haritu, Alhamdulillah saya dah settle kan tunggakkan sewa rumah yang lepas. Seandainya kalau ada rezeki saya nak mohon sedikit untuk beli barang2 dapur yang nak habis dan susu anak. Buat masa ni saya dah tak ada simpanan. Nak tunggu gaji suami pun masih lama, gaji pun dah banyak potong sebab pinjam, guna untuk bayar wad anak sakit itu hari.

 

Update 16 / 06 / 2022

Anak hari tu, sakit demam panas, kena wad 3 hari je. Kami kewangan selalu tidak mencukupi, untuk makan hari2, pampers susu anak.. Bil-bil api air pun masih ada tunggakkan, bayar sewa rumah bayar kereta tiap bulan. Saya da pernah mohon zakat, tapi tak dapat. Lama tunggu tak ada respon sama sekali.

 

Update 24 / 06 / 2022

Saya nak mohon sedikit untuk beli barang dapur sedikit. Sekarang semua pun dah habis. Beras sahaja yang last tinggal. Harap ada sedikit rezeki anak2 🀲 Untuk keperluan harian setiap hari saya harus berjimat cik, apa yang orang makan kami tak makan. Kami biasa makan telur, kicap nasi. Suami gaji kecik, harus simpan untuk sewa rumah setiap bulan, dan harus bayar kereta setiap bulan. Sekarang pun bil air dan api belum mampu bayar tunggakan. Bil api dah RM300 lebih, bil air pun lebih kurang, susu dan pampers anak pun kadang2 tak boleh nak beli. Suami teringin cik nak cuba kerja tempat lain, oleh kerana dia terikat hutang dengan bos dia, setiap gaji wajib bos potong gaji, masa tu PKP tak boleh kerja terpaksa hutang dengan bos dia dan hutang pun masih belum tunas, selagi belum habis bayar, selagi tu terpaksa kerja tempat yang sama.

Read More



Updates




Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Nad  RM10.00
Top Contribution
Ayamkambing  RM1,500.00
First Contribution
Hamba  RM20.00

0.0

Baki Lot Diperlukan

401.0

Lot Telah Terbeli

94

Penyumbang

1,564

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Nad  RM10.00
Top Contribution
Ayamkambing  RM1,500.00
First Contribution
Hamba  RM20.00

Kempen Lain