Puan Seniadiah yang mempunyai 4 cahaya mata dan 2 daripadanya adalah anak istimewa OKU (autisme) memohon bantuan untuk meringankan beban keluarganya yang susah. Suaminya hanya bekerja di kilang minyak sebulan berpendapatan RM1500 tidak cukup untuk menanggung mereka sekeluarga. Anak-anaknya berusia 8 tahun (OKU), 6 tahun (OKU), 3 tahun dan 1 tahun yang masih memerlukan penjagaan menyebabkan puan Seniadiah tidak dapat bekerja untuk membantu meringankan beban suaminya. Dia tidak mahu menghantar anaknya ke pengasuh untuk dijaga kerana anaknya yang autisme sukar untuk diuruskan dan dia takut orang tidak dapat mengawal kesabaran dan memukul anaknya. Kedua-dua anaknya perlu menjalani terapi untuk pertuturan, pemeriksaan telinga dan tekak sebanyak 2 kali sebulan di Hospital Ampuan Rahimah. Namun, disebabkan dia tidak mampu untuk menanggung kos ulang alik ke Hospital dia berhenti memjalani terapi untuk anaknya. Kos untuk dia ulang alik ke hospital naik grab beranggaran RM50.
Sebulan kos ulang alik ke hospital lebih kurang RM100 tidak masuk makan minum lagi. Mereka ada kereta tapi selepas kejadian banjir yang lepas kereta mereka ditengelami air dan selalu rosak. Meraka tidak mampu hantar ke kedai sebab selalu rosak dan memerlukan kos yang banyak untuk baiki. Kos untuk milo, pampers dan keperluan-keperluan di rumah juga mereka agak sukar untuk membeli kerana hanya harapkan gaji suaminya yang tak seberapa. Anak-anaknya minum milo campur susu tin sahaja dan yang kecil minum susu badan. Dia selalu belikan milo 1 pek 3.2kg yang berharga RM40 dan dia memerlukan 3 pek setiap bulan untuk anaknya. Anak-anaknya menggunakan pamper jenama huggies yang bersaiz L,XL dan XXL. Anaknya yang autisme tengah belajar tak pakai pampers tapi susah jugak sebab anaknya selalu calit najis di dinding2. Bil rumah diorang dan rumah sewa pon ada yang tertunggak. Duit sewa rumah tertunggak RM358 dan bil api air tertunggak RM600. Dia cuba untuk apply JKM bantuan untuk anak OKU tapi syaratnya dia perlu cari sekolah khas dulu untuk anaknya yang OKU dahulu baru boleh dapat elaun rm150 untuk seorang daripada JKM. Sekarang ni, dia tengah berusaha mencari sekolah khas yang dekat dengan rumah untuk anaknya. Dia berharapkan sangat orang ramai dapat membantunya.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.