Puan Zafirah memohon bantuan untuk kelangsungan hidup keluarganya. Pada 19 February yang lepas, dia baru sahaja membuat pembedahan rahim di Hospital Ismail kerana setiap kali dia mengandung dia perlu mengikat rahim kerana rahimnya yang lemah untuk menanggung kandungannya. Dia bekerja sebagai tukang sapu di bangunan sultan Iskandar yang berpendapatan RM1200 tetapi disebabkan dia baru lepas membuat pembedahan, dia tidak boleh bekerja selama beberapa bulan kerana dia perlu tunggu luka operate betul-betul sembuh. Suaminya juga bekerja di tempat yang sama dengannya dan membuat kerja yang sama. Gaji suaminya juga sama. Tapi kini, hanya suaminya sahaja bekerja untuk menanggung keluarganya dan ini agak sukar bagi mereka. Beras di rumah mereka sudah habis dan puan zafirah hanya menggoreng mee atau membuat cucur untuk anak-anaknya makan. Hal ini kerana gaji suaminya yang lepas tidak cukup untuk membeli barang dapur kerana perlu membeli kelengkapan sekolah dan membayar bil api air dan sewa rumah.
Mereka mempunya 5 cahaya mata iaitu yang berumur 11 tahun, 10 tahun, 7 tahun, 6 tahun dan 1 tahun 7 bulan. 4 orang anaknya masih bersekolah. Anaknya yang kecil minum susu Dutch lady honey step 123 yang berharga 1 pek RM20 dan dia memerlukan 4 pek sebulan untuk anaknya. Anaknya memakai pampers drypers saiz L sebulan memerlukan 1 bag. Mereka tinggal di rumah sewa sebulan RM850 perlu bayar kepada tuan rumah sewa. Mereka ada sebulan tunggakan untuk membayar rumah sewa tapi tuan rumah faham dan tidak memaksa mereka untuk membayar lagi. Untuk bil api air ada banyak tunggakkan kerana semasa pkp haritu mereka sempat kerja seminggu sahaja.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.