Nama saya Khairil Bin Mohd Ghani. Saya tinggal di rumah sewa di Kg Belukar Machang,Kelantan bersama isteri dan 2 anak yang masih kecil berusia 2 tahun 1bulan dan 1 tahun 3 bulan.Rumah sewa saya sebulan RM300 tetapi kini mempunyai tunggakan sebanyak sebulan akibat saya tidak mampu bayar disebabkan diberhentikan kerja. Sebelum ini saya bekerja di kedai makan sebagai tukang bancur air dan ambil order makan di bandar Machang tetapi sekarang saya telah diberhentikan kerja pada bulan 2 tempoh hari disebabkan kedai makan yang saya kerja itu kurang orang jadi owner buat keputusan untuk mengambil saudara mara sahaja bekerja di situ.
Gaji saya sebelum ini tidak tentu , kadang RM25 kadang Rm30 . Sekarang saya sedang mencari kerja cumanya agak sukar untuk dapat disebabkan saya tinggal agak pedalaman dan jauh ke dalam, setakat ni masih belum dapat sebarang pekerjaan lagi. Isteri saya merupakan seorang suri rumah sahaja kerana anak-anak masih kecil dan perlu dijaga . Saya cuma ingin meminta bantuan untuk membeli barangan berupa pampers saiz L & XL dan susu Dutch baby 6-18bulan. Saya juga ingin meminta bantuan untuk membeli sedikit barang dapur. Keperluan dapur dalam sebulan lebih kurang RM500/RM 600 macam tu. Saya hanya menggunakan motor untuk ke sana sini sebab saya ada kereta cumanya tiada roadtax kerana saya tidak mampu untuk bayar.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.