Saya memerlukan bantuan untuk ibu saya yang sekarang sedang menjalani dialysis stage last di Pusat Dialisis Davita Kota Damansara, Selangor. Ibu saya memerlukan bantuan khusus untuk dia membeli kerusi roda untuk dia bergerak . Ibu saya telah potong kaki 6 tahun lepas dan kaki yang ada sebelah pun agak tidak kuat untuk dia bergerak macam normal. Tambahan pula, keadaan Jantung Ibu sekarang lemah dan dr tidak boleh untuk membuat tapak di lengan . Ibu saya tinggal bersama ayah tiri saya yang berumur 66 tahun, kedua-duanya sudah tidak bekerja atas faktor umur dan kesihatan masing-masing. Zakat ada beri bantuan tetapi tidak cukup untuk menampung semua perbelanjaan. Saya pula tiada pendapatan yang tetap selain berniaga laksa kerana suami saya tidak kerja akibat sakit tulang belakang. Dulu ibu saya bekerja di spa sebagat tukang urut dan buat rawatan facial , jadi dia tiada sebarang pencen untuk digunakan sekarang.
Baru-baru ni, ibu saya terima bantuan zakat untuk rawatan dialysis tetapi bukan sepenuhnya, rawatan dialysis yang ditanggung oleh zakat hanya sebanyak RM150 daripada RM220, jadi selebihnya ayah tiri saya terpaksa berhutang dahulu dengan orang akibat tidak mampu menanggung kos selebihnya kerana tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Selain daripada dialysis, ibu saya juga ada dikehendaki mengambil suntikan Erythropoietin sebanyak 14 kali sebulan yang kosnya ditanggung sendiri. Jadi bantuan RM400 yang diberikan JKM bulanan tidak cukup buat ibu dan ayah tiri saya menanggung kos keperluan dan perubatan ibu saya lagi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.