Saya Nurizwannie memerlukan bantuan barangan dapur , susu serta pampers untuk anak saya yang berusi 3 tahun dan 46 hari. Sebelum ni saya bekerja tetapi berhenti sebab saya mengandung kandungan yang ke 5 dan tidak dapat tahan alahan yang teruk dan keadaan yang tidak berapa sihat.Kilang tempat saya bekerja dulu tidak benarkan wanita mengandung bekerja . Suami pula baru diberhentikan kerja di tempat lama sebagai pengawal keselamatan dan sekarang hanya part time sebagai pembantu Gudang yang bergaji sebanyak RM1300.
Kewangan sedikit sebanyak terkesan apabila saya sudah tidak dapat lagi untuk bekerja tambahan dengan anak saya 2 orang yang sudah mula bersekolah tetapi segala persiapan dan kelengkapan persekolahan , saya tidak dapat sediakan. Lagipun saya baru habis pantang je, jadi saya juga sedang mencari kerja lagi buat masa ini .Anak saya ade 5 orang, yang sulung berumur 10tahun , 8 tahun , 4 tahun , 3 tahun dan 46hari. Selalunya keperluan untuk anak anak dalam lingkungan RM500 sehingga RM600 termasuk susu dan pampers anak. Untuk tunggakan bil , saya hanya mempunyai tunggakan untuk bil air cecah sehingga RM300 manakala tunggakan untuk rumah sewa tiada buat masa ini. Cumanya sekiranya ada kesempatan, saya juga ingin mencari kerja yang fleksible supaya saya dapat membantu suami saya dalam mencari pendapatan untuk kami sekeluarga.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.