Nathendrex tetap tabah menjaga dan menguruskan isterinya yang buta sejak 5 tahun lepas akibat strok dan seorang anak orang kelainan upaya (OKU) sejak lahir walaupun hanya bergantung rezeki kepada pendapatan hasil jualan besi buruk. Sehari dapat dalam RM20-30 sahaja kalau hujan dia tidak dapat mengutip besi buruk. Sebelum ini, dia bekerja membersihkan pasar, namun dia diberhentikan selepas keadaan kesihatannya merosot apabila mengalami masalah dalam perut yang dia pon tidak tahu sakit apa yang dia alami. Hal ini, kerana dia tidak pergi mendapatkan rawatan untuk dirinya. Anaknya tidak boleh berjalan seperti orang normal yang lain. Anaknya tidak boleh berdiri dan berjalan dengan baik sejak lahir, manakala isteri pula tidak diketahui punca masalah penglihatannya selain ada penyakit kencing manis, darah tinggi dan strok. Isterinya sudah memohon kad OKU tetapi dalam proses manakala anaknya sudah ada kad OKU. Anak dan isterinya tidak mendapatkan rawatan kerana keadaan kehidupan mereka yang sukar untuk menanggung kos ke hospital dan mereka juga tidak dapat mana-mana bantuan. Kehidupannya sangat susah sebelum ini sehingga mereka sekeluarga pernah tinggal di sebuah rumah kosong dan kaki lima untuk meneruskan hidup. Keperitan keluarga itu mendapat simpati seorang wanita, puan Noraini yang sudi membantu dan membawa mereka tinggal bersama di rumahnya sejak empat tahun lalu. Puan Noraini sedih melihatkan keadaan Mageswary isteri kepada nathendrex yang buta serta anak OKU mereka walaupun dia sendiri menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM500 sebulan. Rumah puan Noraini dibahagikan kepada 2 bahagian. Bahagian belakang untuk keluarga nathendrex tinggal manakala bahagian depan untuk Puan Noraini. Bil api air kadang2 diorang berkongsi untuk bayar. Puan Noraini sudah menganggap mereka seperti keluarga dan peneman, jika mereka ada di rumah Puan Noraini tidak takut untuk tinggal sorang diri kerana anak-anaknya yang kini tinggal di tempat lain kerana hal kerja dan sudah berkhawin. Suaminya pula sudah meninggal dunia. Kini Puan Noraini yang menguruskan mereka sekeluarga. Nathendrex pon sudah menanggap Puan Noraini sebagai mak dan juga memanggil Puan Noraini dengan panggilan mak. Mereka berharap pihak marhaen dapat mambantu untuk kelangsungan hidup dan juga mereka ingin membeli barang elektrik yang sudah rosak akibat banjir yang lepas.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.