Bantuan Buat Ibu Tunggal Yang Mengalami Masalah Kesihatan


Bantuan Buat Ibu Tunggal Yang Mengalami Masalah Kesihatan


MarhaenMY - Norzura bt Rashad
Seri Kembangan, Selangor
Published: Apr 04, 2022
100%
RM 3,500.00 RM 3,500.00


0.0
Baki Lot Diperlukan
350.0
Lot Telah Terbeli
159
Penyumbang
1,744
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
350 Lot Ditawarkan

Nama saya Nor Zura dan seorang ibu tunggal yang berusia 48 tahun dan sekarang tinggal di Seri Kembangan, Selangor. Saya tidak dapat bekerja sejak saya ada masalah kesihatan. Saya ada masalah ketumbuhan rahim yang menyebabkan pendarahan, dah dekat setahun masaalah ini, setakat ni doktor bagi ubat untuk kurangkan pendarahan itu berlaku. Saya juga ada masalah jantung injap bocor belah kiri & heart murmur. Saya juga ada penyakit chronic anxiety. Saya mendapatkan rawatan di Hospital Serdang & HKL. Semua masalah-masalah ini saya masih dalam pantauan doctor & belum ada apa tindakan tetapi mungkin doctor nak buat operation cumanya masih tidak tahu bila tarikh yang sesuai. Setakat ni doctor ada bagi ubat hormon & ubat penenang untuk penyakit yang saya hadapi itu. Dengan keadaan saya tidak bekerja, saya ada kesukaran sangat-sangat dengan masalah kewangan.

 

Sebelum ini saya pernah bekerja di tadika sebagai pembantu tadika tetapi kerana sakit juga saya dibuang kerja & saya pernah cuba bekerja dalam keadaan separuh sihat tetapi tiada siapa yang akan terima orang sakit & hanya mengundang kecaman dari orang2 yang tak faham keadaan saya, maklumlah, saya tak boleh buat kerja berat & tak dapat buat kerja dengan cekap, pantas. Sebelum ni saya ada buat pengeluaran KWSP selama saya tidak bekerja, tetapi semuanya sudah habis, duit KWSP pun tidak banyak mana dalam acc tu. Saya sebenarnya sudah mula sakit dekat 4 tahun dari 2018, dan duit simpanan saya banyak habis utk sara hidup & perubatan. Saya ada dapat bantuan kewangan zakat sebanyak RM400 sebulan, tapi memang tidak cukup dengan saya perlu beli barang makanan, bil & barang perubatan saya. Saya nak mohon bantuan kewangan untuk saya beli diapers dewasa oleh sebab darah yang sentiasa ada & ada masa terlampau banyak menyusahkan saya, nak solat pun agak payah kalau darah tu menitik, badan dalam keadaan tidak bersih sepanjang masa.Saya juga perlu untuk beli ubat kurang darah di farmasi dan saya juga perlu beberapa supplement untuk saya dapat rasa bertenaga sebab saya selalu kekurangan darah.

 

Setakat ini saya memang beberapa kali keluar masuk hospital & buat pemindahan darah. Rumah saya juga tiada kelengkapan yang lengkap sebab saya baru pindah rumah ni sebab ini rumah bantuan zakat. Ini kali pertama saya mohon zakat atas sebab saya betul-betul langsung tidak dapat kerja kerana sakit & saya tidak mampu lagi nak bayar sewa rumah yang sebelum ini. Barang kelengkapan rumah tidak berapa lengkap, saya mohon sangat dibantu kewangan untuk saya beli peti ais yang 2nd hand pun takpe sebab dengan keadaan saya sekarang yang susah untuk saya selalu keluar beli barang makan. Saya juga harap dapat dibantu untuk meja makan & kerusi sebab keadaan saya agak susah untuk duduk makan dilantai.

 

Update 19 / 08 / 2022

Saya masih ada masalah jantung dan chronic anxiety. Masih lagi follow up di Hospital Serdang. Saya merupakan anak yatim piatu sejak umur saya 9 tahun.

Read More



Updates




Update 16 / 01 / 2023

Salam pagi. Keadaan saya sekarang, saya sakit semula. Saya bleeding kerana masaalah rahim tu dah sebulan lebih lamanya. Keadaan saya memang tak sihat. Saya mohon sangat2 bantuan pampers dewasa sebab pad biasa tak mampu tampung darah yang banyak tu. Saya mohon bantuan untuk beli ubat herba untuk ikhtiar saya berhentikan darah ni, sebab sebelum ni saya pernah guna ubat ni & darah saya stop kira2 8 bulan, saya juga perlukan bantuan untuk beli ubat kurangkan pendarahan difarmasi, untuk penggunaan sebulan dalam RM70 ke RM100. Saya juga terpaksa makan makanan kesihatan contohnya madu yang biasa saya makan sebab kehilangan darah ni buat saya lemah letih rasa nak hilang nyawa yelah sebab darah asyik keluar, ubat hormon yang doktor bagi tak berapa membantu sebab saya tak boleh makan ubat tu dengan dose yang diberi akan menyebabkan effect nervous pada sy tambahan lagi saya ada anxiety kronik akan sebabkan saya panic attack yang teruk. HB level saya tak boleh drop kalau tak, saya akan sakit teruk kerana bila saya ada masalah injap jantung, HB level saya tak boleh rendah. Dah 4 hospital saya pernah warded, memamg masalah hormon ni payah nak sembuh betul. Saya warded hospital Klang, Shah Alam, HKL dan Serdang.

Dari segi kewangan saya memang tak berapa cukup dengan RM400 dari zakat tu sebenarnya dengan harga barang2 mahal, itulah juga saya bayar bil2. Sejak sakit 4 tahun yang lepas, saya memang dah jatuh miskin, duit saya banyak habis berubat & perubatan. Saya ada seorang anak berusia 7 tahun. Alhamdulilah Ada jiran saya yang baik hulurkan bantuan makan, tapi dia pun susah sebab tak kerja jaga suami dia sakit stroke. Saya pergi check up naik grab dalam RM30 pergi balik. Anak saya akan start sekolah bulan 3 ni dan saya akan mohon JKM & Zakat untuk sekolah dia. Yang penting untuk masalah sakit saya sebab saya kena hidup untuk anak.

Read More



Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Amifar  RM110.00
Top Contribution
AA  RM500.00
First Contribution
Ilyana  RM10.00

0.0

Baki Lot Diperlukan

350.0

Lot Telah Terbeli

159

Penyumbang

1,744

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Amifar  RM110.00
Top Contribution
AA  RM500.00
First Contribution
Ilyana  RM10.00