Saya suri rumah mempunyai 3 orang anak dan suami saya hanya kerja bangunan saja tetapi sekarang sudah 2 bulan tiada pekerjaan. Saya sangatlah memerlukan barangan keperluan asas dan susu anak. Gaji suami saya sebelum ini tidak tentu, kadang satu hari hanya RM35 ringgit sahaja dan kerja pun tidak tetap. Suami saya kerja bangunan seperti mengangkat semen sahaja. Suami saya hanya ikut kawan dia bekerja jika ada rumah atau bangunan yang perlu disiapkan baru suami saya bekerja jika tiada suami saya tak berkerja dan kerja suami saya pula kena tunggu barang semua ada baru boleh bekerja jika barang yang perlu buat rumah tiada dia perlu cuti tanpa gaji sehingga barang ada. Disebabkan itu, gaji suami saya tidak menentu. Anak saya umur 13 tahun, 11 tahun dan 3 tahun. Anak-anak saya tidak dapat sekolah kerana pendapatan suami saya tidak mampu menanggung kos untuk ke sekolah. Saya pula tinggal di rumah sewa, sebulan perlu bayar RM120.
Rumah sewa saya sudah 3 bulan tertunggak dan bil api air saya sudah 2 bulan tertunggak sebanyak RM80 sebab kami sambung karan dan air sahaja jadi kami tak ada bil. Kami tidak mampu membayar dan tambahan pula suami saya tidak bekerja sekarang. Anak saya yang bongsu minum susu tin. Susu dugro dan dia memakai pampers saiz xl. Susu setin RM26, jika saya tidak mampu membeli susu saya hanya bagi anak saya minum air kosong dengan gula sahaja. Sekarang keadaan saya sangat susah dan sangat-sangat memerlukan bantuan untuk keperluan asas. Rumah saya tiada tv, peti sejuk dan banyak lagi. Keperluan kami sebulan RM500. Kami tidak mampu untuk membeli keperluan tersebut. Untuk bantuan memang saya tak dapat mana-mana bantuan. Saya harap sangat pihak marhaen dapat bantu ringankan beban kami sekeluarga.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.