Yuran Pengajian Tertunggak 1 Sem Akibat Ibu Bapa Hilang Pendapatan


Yuran Pengajian Tertunggak 1 Sem Akibat Ibu Bapa Hilang Pendapatan


MarhaenMY - AMAN SAH BIN ISA
KOTA KINABALU, Sabah
Published: Apr 05, 2022
100%
RM 3,500.00 RM 3,500.00


0.0
Baki Lot Diperlukan
350.0
Lot Telah Terbeli
58
Penyumbang
953
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
350 Lot Ditawarkan

Assalammualaikum, saya disini ingin memohon bantuan dari orang ramai yang sudi membantu. Saya seorang pelajar IPT dan sekarang ekonomi keluarga saya sangat-sangat merosot. Hal ini terjadi sejak bermulanya lockdown pada awal bulan Mac 2020. Keluarga saya hilang punca rezeki kerana kedua ibu dan ayah saya berniaga di pasar. Dek kerana perniagaan tidak dapat dijalankan seperti selalu dan orang jarang berkunjung ke pasar, perniagaan kami pun tidak dapat lagi diteruskan. Buat masa kini, ayah saya hanya bekerja sebagai pemandu bas dan pendapatan yang diterima hanya mampu untuk menangung hidup kami 5 orang adik beradik. Oleh itu, ayah dan mak saya sudah tidak lagi dapat memikirkan cara untuk saya dapat meneruskan pembelajaran saya lagi. Saya hanya tinggal perlu menduduki satu semester lagi untuk menamatkan pengajian saya sebagai seorang pelajar yang mengambil diploma. Saya tidak mengharap bantuan yang banyak tapi saya cuma berharap ada insan yang baik hati sudi untuk meringankan beban yang saya alami buat masa ini. Disini saya ada sertakan gambar ID pelajar saya dan juga surat rasmi dari IPT saya yang menyatakan saya tidak mendapat biasiswa dari mana-mana pihak. Saya juga turut menyertakan surat pengesahan pendapatan ayah saya iaitu sikitar RM1300 sahaja setiap bulan. Jumlah yuran semester saya yang tertunggak ialah RM1100 untuk semester 6 seperti di gambar yang saya sertakan. Saya hanya mohon bantuan untuk semester 6 saya sahaja melainkan bantuan yang saya dapat melebihi dari jumlah yang sepatutnya saya akan terus membayar yuran untuk semester 7.

Saya ada dapat PTPTN tapi tak dapat cover full kos pengajian saya, semua student yang ambik kos dengan saya semua dapat jumlah yang sama. Saya dah usaha sehabis baik, jadi ejen jual phone online kat facebook tapi sebulan belum tentu ada satu orang beli 😓 komisyen satu phone RM100 paling banyak. Saya ada try join juga team sales baju jersi pun sama tak ada sambutan 😓 . Kalau tempat saya tinggal nak cari kerja susah sebab mostly bos2 di sini ambil pekerja perempuan sahaja. Saya dah cuba hantar resume dekat Mcd, Chicken Rice Shop, Kfc and sebagainya 🥲 tapi tak ada jawapan tak ada panggilan juga. Bantuan dekat zakat saya dah pernah apply sekali masa awal2 masuk IPT. Bantuan tu sekali ja katanya and tak cover fully kos masa masuk IPT. Di baitulmal pun ada juga cuba apply tapi dorang kata permohonan dah tutup 🥲 dah dua tiga kali saya cuba apply tapi dapat jawapan yang sama. Manakala bantuan BUDI untuk orang Sabah saya dah tak dapat nak apply sebab dah lewat. Yuran study saya setiap satu sem RM3200. PTPTN setiap sem akan masuk RM2244 macamtu then RM2100 guna untuk bayar yuran sem. Ada baki RM144 tu yang masuk dalam akaun bank saya jadi still perlu bayar RM1100 untuk satu sem. Saya tahu cik mesti cik terpikir kenapa saya tak masuk IPT yang kos murah kenapa masuk yang mahal, saya masuk pun atas sebab desakan keluarga nak lawan cakap susah tak lwan susah dan sekarang jadi macam ni.

Semester 1-5 dah habis bayar. Sekarang ni saya baru habis sem 6 praktikal dekat IPD Kota Kinabalu, kami praktikal tak ada elaun kena guna duit sendiri. Duit simpanan saya yang sikit2 dah habis terpakai sebab hari2 saya ulang alik naik bas untuk ke tempat praktikal. Semester 6 yuran still sama RM3200 dan PTPTN cuma cover RM2100 dan baki RM1100 ni yang tertunggak  sebab saya tak dapat nak bayar yuran tu lagi. Ekonomi keluarga betul2 dah down teruk. Tambahan lagi lepas raya ni semester 7 mungkin akan start, saya kena beli tiket flight lagi nak kena sewa hostel lagi. Saya anak kedua dari 5 adik beradik ( 24 tahun, saya 20 tahun, 18 tahun, 15 tahun dan 5 tahun) kakak saya dah lama diberhentikan kerja disebabkan pandemik sebelum ni. Sebelum ni kakak sayalah yang support study saya serba sedikit tapi disebabkan dia dah tak kerja, dia memang dah tak dapat nak tolong. Adik No 3 baru sahaja tamat tingkatan 5 manakala yang bongsu umur 5 tahun ada sakit sindrom down. Kakak sebelum ni kerja kedai buku lepastu diberhentikan then kerja lagi kedai spek lepastu diberhentikan lagi. Dia ada juga cari kerja lagi cuma belum ada apa2 respon dari mana2 pihak yang dia hantar resume. Dia ada cuba kerja di watson tapi dia tak dapat berdiri lama sebab dia cepat pening. Saya berharap sangat ada insan yang baik hati sudi membantu saya.

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Saiful  RM1,890.00
Top Contribution
Saiful  RM1,890.00
First Contribution
Ilyana  RM10.00

0.0

Baki Lot Diperlukan

350.0

Lot Telah Terbeli

58

Penyumbang

953

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Saiful  RM1,890.00
Top Contribution
Saiful  RM1,890.00
First Contribution
Ilyana  RM10.00

Kempen Lain