Salam.. Nama saya hazwani dan umur 20 tahun.. Saya nak mohon kempen ni untuk bantuan perniagaan sebab peralatan niaga yang lepas habis kena banjir.. Buat masa ni saya belum ada punca pendapatan untuk menampung keluarga.. Lagi2 Ramadan yang akan menjelma, harap pihak tuan puan dapat bantu saya.. Saya cuma belajar setakat darjah 3 sahaja.. Saya ada cuba mohon dari agensi lain jugak untuk bantuan ni tapi tak cukup kelayakan sebab belum ada sijil SSM tapi saya ada slip sijil untuk kursus makanan dan sijil kesihatan pengendali makanan.. Saya tinggal dengan orang tua, abang lepas tu dengan kak ipar.. Saya ada 6 orang adik beradik, 2 orang dah meninggal dan saya bongsu.. Saya berniaga kuih keria dan tauhu bagedil secara kecil-kecilan.. Saya harap saya dapat bantuan tolong untuk beli peralatan kuih dan satu canopy kecil serta untuk membeli ubi dan bahan² tauhu bagedil jugak nanti.. Saya berniaga dekat depan Lyc berdekatan rumah saya dan kadang buat cod jer dari rumah..
Jualan selalu dapat dalam RM300 lebih gitu dan tak tentu jugak pendapatan ni pun tapi lepas la untuk perbelanjaan harian.. Rumah yang kami duduk sekarang rumah sewa kos rendah RM450 sebulan dan abang saya yang bayar sewa rumah ni.. Abang saya pulak sebelum ni dia kerja bawak mesin escavator sebelum diberhentikan kerja sebab dia positif covid dan kena kuarantin.. Setakat ni kami tak ada tunggakan apa2 cuma tak ada punca pendapatan sebab tak dapat nak niaga.. Mak pun ada mohon JKM untuk perniagaan tapi dalam proses permohonan jugak.. Saya ada sijil Saya harap maklumat ni dapat membantu.. 🙏
Alhamdulilah lepas dapat dana haritu saya dapat beli canopy untuk berniaga.. Cuma untuk mesin pengisar ubi jelah saya belum dapat beli lagi.. Saya betul2 berterima kasih banyak2 untuk canopy ni. Saya harap ada yang ikhlas membantu untuk mesin pengisar ubi dan kelengkapan yang kecil² jelah belum dapat beli lagi.. l
Sekarang ni barang niaga lain2 dah ada cuma untuk microwave jer lah belum ada rezeki nak beli, saya pun tunggu dana dari kempen ni nanti boleh lah beli microwave tu cik.. Niaga pulak alhamdullilah okey setakat ni cuma time2 hujan jela slow sikit. Saya niaga dekat Carboot Sale Taman Kerang.
Saya hanya kekurangan microwave sekarang ni. Niaga buat masa ni alhamdullilah dapat rolling untuk modal lepas tu dah boleh lepas untuk perbelanjaan sikit-sikit. Terima kasih banyak2 ikhlas bantu untuk perniagaan saya ni cik. Moga Allah swt balas jasa pihak cik atas pertolongan ni, insyaallah cik saya doakan 🤲 . Untuk kuih buat sikit2 jer seba tak cukup barang keperluan. Tu pun saya dah syukur dah lepas untuk tmpung sikit2 modal dan perbelanjaan. Customer ada order banyak2 tapi saya terpaksa tolak sebab tak boleh nak buat banyak, kalau microwave ada boleh la buat lebih sikit kuih keria tu.