Kehilangan Rumah Akibat Pandemik


Kehilangan Rumah Akibat Pandemik


MarhaenMY - MAT AZHAR BIN ABU BAKAR
SIMPANG, Perak
Published: Apr 09, 2022
90.89%
RM 4,090.00 RM 4,500.00


41.0
Baki Lot Diperlukan
409.0
Lot Telah Terbeli
165
Penyumbang
1,318
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
450 Lot Ditawarkan

Assalamualaikum. Kami sekeluarga telah terkesan akibat situasi pandemik Covid-19 ini sejak 2 tahun lepas lagi. Disebabkan kesan daripada itu, rumah yang kami diami sebelum ini telah dilelong oleh pihak bank. Dan, kami sekarang mendiami rumah yang disewa dalam keadaan rumah yang terdapat beberapa kekurangan antaranya ketiadaan sinki untuk membasuh pinggan mangkuk. Dengan pendapatan bulanan saya yang hanya bekerja seorang untuk menampung seorang isteri yang hanya suri rumah sepenuh masa dan 3 orang anak yang berumur 13, 8 dan setahun, kami kerap kali tidak mencukupi wang untuk perbelanjaan rumah bagi setiap bulan apatah lagi untuk mempunyai wang simpanan. Saya bekerja sebagai General Worker yang melakukan tugas-tugas am di syarikat yang juga menjadi ejen jual/beli serta membaiki kenderaan berat jenama Hino. Pendapatan kasar saya adalah RM1300 manakala pendapatan bersih saya adalah kurang dari RM1000 setiap bulan.

 

Sudah 6 tahun saya bekerja di syarikat yang saya bekerja sekarang. Peralatan utama rumah juga seperti televisyen dan mesin basuh terpaksa jual akibat ketiadaan dana untuk perbelanjaan yang memerlukan jumlah perbelanjaan yang besar seperti deposit untuk sewa rumah, kos persiapan kelahiran bayi serta kos untuk membaiki serba sedikit keadaan rumah yang penting untuk dilakukan seperti menggantikan cermin tingkap dan simen untuk menutup ruang dapur yang terdedah dan boleh mengundang bahaya. Juga, kami juga memasak menggunakan periuk nasi kerana terpaksa menjual tong gas disebabkan untuk membayar kos membaiki satu-satunya kenderaan utama keluarga kami iaitu sebuah motorsikal yang keadaannya sebenarnya memerlukan banyak pembaikannya. Disini saya hanya ingin memohon bantuan untuk membeli keperluan yang penting seperti pakaian seragam dan buku-buku tulis sekolah memadai jika hanya dapat untuk membeli keperluan anak saya yang akan memulakan sesi persekolahan menengah iaitu tingkatan 1 secara bersemuka pada 4 April 2022.

 

Saya nak sediakan persiapan persekolahan anak sulung saya yang akan memasuki sekolah menengah. Saya memang tiada langsung wang simpanan malah memang tidak ada peluang langsung untuk menyimpan wang. Kesusahan yang memang telah sedia ada yang sedang saya alami sekarang adalah seperti tunggakan 4 bulan sewa rumah ( sebulan RM300 ), kehabisan bekalan makanan, serta kerap kali ketiadaan tunai untuk mengisi minyak motor serta perbelanjaan harian sekolah untuk 2 orang anak saya ditambah lagi dengan perbelanjaan untuk membeli barangan asas untuk keperluan anak saya yang berumur setahun seperti lampin dan susu. Walaubagaimanapun, untuk keperluan anak saya yang berumur setahun itu kami cuba dengan cara yang dapat menjimatkan perbelanjaan kami seperti memberi anak saya dengan memakai lampin kain yang boleh dibasuh serta digunakan kembali serta memberinya lebih penyusuan badan daripada susu formula. Tetapi, InsyaAllah, kesusahan yang telah saya sedia alami ini saya masih boleh cuba usahakan lagi cuma yang menjadi kerisauan adalah untuk persiapan anak saya yang ini kerana  dia begitu bersemangat untuk memasuki alam persekolahan barunya tetapi masih belum ada sebarang persiapan yang mampu saya sediakan.

 

Saya ada pernah cuba untuk memohon bantuan dari JKM. Tetapi saya ada satu masalah yang nembuatkan saya tak dapat nak teruskan untuk memohon iaitu disebabkan kekurangan salah satu dokumen utama yang diperlukan iaitu bil api/bil air. Rumah sewa yang kami tinggal ni sekarang tiada meter untuk elektrik dan air. Manakala bantuan dari Baitumal/Zakat pula, maaf jika saya katakan. Di Perak ini syarat yang dikenakan jika mahu mohon untuk bantuan dari pihak tersebut, tidak sama sekali dengan syarat seperti di kebanyakkan negeri2 lain. Syarat yang dikenakan buat saya berfikir banyak kali untuk cuba mohon. Atau lebih tepat, kerenah birokrasi. Untuk bekalan elektrik dan air, saya telah meminta bantuan dari rakan saya sewaktu baru2 nak berpindah masuk dengan cara membuat penyambungan sendiri. Atau, jika encik mahu pengesahan atau maklumat yang lebih jelas lagi mengenai rumah sewa yang kami tinggal sekarang ni, encik boleh hubungi tuan rumah untuk bertanyakan sendiri tidak kira lah maklumat mengenai ketiadaan meter untuk 2 sumber bekalan utama serta mengenai tunggakan sewa rumah.  Sejak dari 2 minggu lepas, dah banyak kali saya cuba untuk elak dari jawab call dan respon Whatsapp dari tuan rumah sebab saya tak tau apa lagi alasan yang saya nak bagi disebabkan masih ketiadaan dana lagi untuk saya bayar kepada dia.

 

16 / 04 / 2022

Saya tekad dan cuba untuk bertanya dengan encik ni sebab hari khamis kelmarin motor saya 'jam' disebabkan masalah dengan piston lepas ambil anak saya yang sulung ni balik dari sekolah petang. Jadi, saya terpaksa minta anak saya tidak ke sekolah semalam disebabkan kami tiada kenderaan lagi yang boleh digunakan selain dari motor ini yang mana saya perlu hantar ke bengkel untuk dibaiki. Dan, saya pergi dan balik bekerja dalam 2 hari ni dengan menumpang bersama seorang kawan. Saya terpaksa tebalkan muka untuk bertanya dengan encik hari ni kerana saya memang ketiadaan langsung tunai untuk membayar kos bagi membaiki motor  saya itu kecuali hanya dengan cuba bertanyakan dengan akan2 untuk pinjamkan tunai dahulu sementara menunggu hingga hari gaji. Cuma ada seorang dua sahaja yang mungkin boleh bantu untuk pinjamkan dahulu sementara tetapi jika saya boleh kembalikan semula dalam masa terdekat ni.

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Ilya  RM50.00
Top Contribution
AA  RM500.00
First Contribution
Siti  RM50.00

41.0

Baki Lot Diperlukan

409.0

Lot Telah Terbeli

165

Penyumbang

1,318

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Ilya  RM50.00
Top Contribution
AA  RM500.00
First Contribution
Siti  RM50.00

Kempen Lain