Tidak Dapat Bekerja Selepas Dilanggar Motorsikal


Tidak Dapat Bekerja Selepas Dilanggar Motorsikal


MarhaenMY - PUANESWARAN A/L SATHASIVAM
BUKIT MERTAJAM, Pulau Pinang
Published: Apr 09, 2022
64.86%
RM 2,320.00 RM 3,500.00


123.0
Baki Lot Diperlukan
232.0
Lot Telah Terbeli
104
Penyumbang
1,876
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
350 Lot Ditawarkan

Puaneswaran sudah setengah tahun tidak ada pekerjaan. Pada tahun 2020 dia telah kemalangan dan patah tulang paha. Dia telah dilanggar oleh motorsikal semasa dia ingin melintas jalan di bukit minyak. Selepas kemalangan, Puaneswaran tidak boleh bekerja kerana tulang pahanya patah dan tambahan pulak lututnya bermasalah selepas kemalangan mengakibatkan dia sukar untuk berjalan dan sukar untuk bekerja. Dia perlukan tongkat jika ingin berjalan jauh. Sebelum kemalangan, dia berkerja sebagai driver lori. Dulu gaji dia sebgai driver lori sebanyak RM1900. And duit gaji ni lah dia dapat tampung family kecil dia. Tapi sekarang lain pulak jadi. Dia mempunyai seorang anak yang berumur 1 tahun lebih.

Sekarang sumber pendapatannya bergantung kepada isterinya yang bekerja di kilang Osram Penang. Sebulan pendapatan isterinya hanya RM800 sahaja. Isterinya baru sahaja mula bekerja 3 bulan lepas di kilang tersebut. Anaknya pula masih memerlukan susu untuk minum. Anaknya minum susu dumex dugro sebanyak 3 paket sebulan yang berharga sepaket RM28 dan anaknya memakai pamper saiz XL. Dia juga mempunyai bil api air dan rumah sewa yang belum dibayar. Bil api air tertunggak sebanyak RM100 lebih. Rumah sewanya pula sebulan RM230 dan mempunyai tunggakan selama setahun. Berkenaan rumah sewa yang da lama tak dibayar ni, Puaneswaran sangat berhutang budi dengan tuan rumah sebab faham situasi keluarga mereka dan masih memberi peluang dekat mereka untuk stay. Owner rumah bagi stay pun sebab owner rumah kawan dengan abang dia. Dia ingin bekerja namun dengan keadaan dia macam itu dia tidak dapat bekerja dan hanya duduk di rumah menjaga anaknya sementara isterinya keluar bekerja. Selama ni memang tak ada siapa2 yang bantu even family pun tak dapat bantu sebab ada tanggungan lain. Dia juga tidak dapat mana-mana bantuan lain. Selama dia tak bekerja tu dia terpaksa keluarkan duit EPF dia untuk teruskan hidup. Dia berharap pihak marhaen dapat membantu meringankan beban keluarganya.

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Nurul  RM100.00
Top Contribution
Zul  RM100.00
First Contribution
Hamba Allah  RM10.00

123.0

Baki Lot Diperlukan

232.0

Lot Telah Terbeli

104

Penyumbang

1,876

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Nurul  RM100.00
Top Contribution
Zul  RM100.00
First Contribution
Hamba Allah  RM10.00