Asalamuailaikum, saya Noraini ingin meminta bantuan daripada pihak marhaen. Suami saya sakit kencing manis dengan saraf dan dah tak kerja 2 tahun. Sebelum ni suami kerja rediacare di hospital Kota Bharu. Disebabkan kesihatan dia yang semakin merosot, pihak radiacare tamatkan kontrak kerja dia hujung tahun 2020. Gaji sebelum ni RM1200. Sekrang ni saya yang pikul semua tangunggajawab keluarga. Dengan kerja ambik upah mewarna kain batik dalam RM400 hingga RM600 sebulan. Saya ada anak seorang umur 10 tahun. Suami saya masih dapatkan rawatan dekat hospital Kota Bharu untuk pnyakit kencing manis dengan saraf. Setiap bulan kena pergi buat rawatan. Saya pergi naik transport sendiri. Sekali pergi rawatan dalam RM20 macam tu. Macam kos ubat2 tu bayar RM5 sahaja sekali rawatan kat hospital. Biasa kalau ada duit lebih ada jugak beli supplement untuk kencing manis dalam shopee dalam RM30 sebotol. Keadaan suami sudah tahap cucuk insulin 3 kali sehari. Masalah kami sekarang sewa rumah kadang2 sampai tertunggak. Rumah sewa saya RM280 sebulan dan sudah 2 bulan saya tak bayar rumah sewa. Tuan rumah tinggal dekat dengan rumah saya duduk. Alhamdulillah dia faham suami sakit. Manakala anak saya pula pergi sekolah saya tumpang jiran. Sebulan tu saya bayar RM30 untuk jiran. Buat masa ini, saya tak dapat mana-mana bantuan lagi dan saya berharap pihak marhaen dapat bantu saya.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.