Saya nak mintak bantuan kewangan untuk membeli keperluan dapur dan barang keperluan anak saya seperti pampers dan susu. Saya merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang mempunyai 6 orang anak yang masih kecil. 4 orang kini berada di sekolah rendah. Yang pertama umur 11 tahun, yang kedua berumur 8 tahun ,yang ke 3 dan ke 4 umur 7 tahun (kembar) dan 2 orang yang masih kecil berumur 1 tahun (kembar). Kehidupan kami anak beranak hanya mengharapkan gaji suami sebanyak RM850 sebulan. Suami saya bekerja sebagai buruh kasar (tukang cat) sahaja tetapi itupun kalau ada job , kalau tiada, tiadalah pendapatan kami anak beranak. Gaji suami saya tidak tetap bulan bulan. Jadi kalau boleh saya nak mohon juga bantuan peralatan sekolah seperti buku dan alat tulis untuk anak saya sekolah. Keperluan mereka tidak lengkap disebabkan kami tidak mampu untuk belikan keperluan seperti orang lain. 2 orang anak saya bersekolah di SK kampung batu manakala 2 orang lagi bersekolah di SK Batu Empat Satu.
Kerja suami saya yang sebagai buruh kasar ini tidak tentu tempat dia. Dia hanya ikut orang bawak sahaja. Suami kerja buruh kasar selama 4 tahun tetapi sehingga kini, pekerjaan dan pendapatan tidak tentu. Untuk rumah saya pula saya tunggakan sewa sebanyak 2 bulan , sebulan sewa adalah sebanyak RM700 . Bil air tiada tunggakan sebab saya baru selesaikan , bil api ada tunggakan sebanyak RM588.90. Kami ada terima bantuan JKM untuk bulanan sebanyak RM300/bulan tetapi tidak cukup untuk menampung anak anak saya punya keperluan, lagilah bila 4 orang yang sudah bersekolah dan memerlukan kos sara hidup yang agak tinggi dan banyak.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.