Saya memerlukan bantuan puan disebabkan suami saya tidak dapat berkerja berat lagi kerana mengidap sakit asma yang teruk. Oleh sebab itu lah saya membuat kuih untuk menampung belanja untuk kami sekeluarga. Saya membuat kuih bongko dalam rumah saya dengan suami saya saja untuk mencari income buat menampung pendapatan kami berdua. Dulu memang suami saya bekerja tapi sekarang dah tak dapat kerja lagi sebab dia tidak dapat membuat kerja-kerja berat lagi. Oleh sebab itu lah saya membuat kuih bongko untuk menambah belanja untuk membeli barangan keperluan harian dan barang untuk berniaga. Hasil jualan tak berapa menentu kadang-kadang dapat RM 100 dan kadang-kadang RM 60 lebih sahaja. Kalau dikumpul sampailah RM500 lebih juga untuk menampung kos belanja dan ubat ubatan. Saya tinggal di rumah peninggalan arwah mak/ayah saya jadi sebab tu lah rumah nampak agak usang sikit tuan/puan. Saya menghantar di kedai di pasar sahaja.
Dulu suami saya berniaga ikan sekarang suami saya tak dapat berkerja seperti biasa lagi disebabkan asma nya semakin teruk. Dia mula sakit pada tahun 2016 tu tidak berapa teruk lagi dan masih lagi dapat mencari rezeki. Sejak suami saya semakin kerap datang asma sejak mula kami kena kuantin lepas tu lah asma nya kerap datang. Dalam berapa hari ni asma suami saya datang lagi berulang kali sampai terpaksa lah saya membeli ubat di pmg. Saya tidak ada anak dan hanya tinggal berdua di rumah sahaja. Setakat ni kami masih tidak dapat mana mana bantuan .
Kuih bongko ni saya buat dalam bulan puasa saja. Ni kuih bongko orang tempah hari tu saya buat. Kalau tak ada bulan puasa dan tak ada orang tempah saya tak buat. Jadi saya akan mencari sayur midin ataupun apa2 yang dapat dijual. Selalu saya jual dalam 30 biji dengan RM0.50 satu biji. Saya bukan hari-hari berniaga, kalau ada benda dijual saya akan niaga, kalau tak ada saya tak niaga.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.