Saya merupakan seorang ibu tunggal dan memerlukan bantuan dari segi kewangan puan. Saya masih memerlukan bantuan dari segi kewangan dan keperluan rumah disebabkan bekas suami saya yang tiada sumber pendapatan sebelum ini. Sebelum ini saya hanya seorang suri rumah yang hanya berniaga kuih yang tidak seberapa hasil jualannya. Anak ada seorang masih berumur 4 tahun manakala anak dengan suami yang dulu ada 2 orang yang masih bersekolah dan tiada pakaian yang mencukupi dan makanan yang mencukupi puan. Saya sangat memerlukan bantuan untuk kami anak beranak puan.Saya juga ada tanggungan mak yang ada masalah kesihatan iaitu strok dan juga ayah asma alahan yang sangat teruk. Mak ayah saya tiada ubat dari kerajaan puan hanya berubat pakai cara kampung saja. Untuk saya pula, saya ada masalah sakit darah tinggi.
Ayah saya hanya membantu saya untuk menghantar kuih yang dipesan. Income untuk family saya sekarang agak berkurang dari sebelum ni disebabkan bergantung dengan hasil jualan kuih saya. Ada masa semuanya laku, ada masa tidak. Saya hanya meniaga kuih pulut panggang, hidayah buatan , kurus gunting, kuih cap. Mula saya hanya nak minta bantuan untuk mak ayah saya tetapi ayah saya cakap mcm ni, sedangkan saya yang tanggungkan mak ayah saya jadi lebih baik lagi saya minta bantuan untuk saya dan anak anak sekali. Saya sebenarnya tinggal sekali dengan mak ayah kerana senang untuk saya menjaga mereka sejak dari saya berpisah dengan suami saya. Bekas suami saya ada juga datang tengok anak anak selalunya bila anak datang sakit bawak ke klinik luar saja kalau bawak hospital risau lagi kena tahan pula. Kami anak beranak belum pernah terima mana mana bantuan sebelum ini.
Assalamualaikum dapat juga saya bawak mak pergi urut strok mak saya. Walaupun cara kampung pun mahal juga lah sementara saya tunggu sumbangan dari pihak tuan/puan. Saya pun tak sabar nak lihat mak dan ayah saya sihat macam orang lain. Amin. Kalau berurut 2 hari dah RM500 macam tu sebab 3 hari berturut2 tuan / puan. Tak termasuk upah yang mereka mintak nanti. Kalau dah habis berubat mak dan ayah tu baru mereka cakap lah berapa upah kena bayar. Mak 3 hari berubat cara kampung dan ayah saya pun sama 3 hari juga semuanya dicampurkan 6 hari semuanya. Sekarang keadaan rumah saya yang bocor bila kena hujan dan saya nak baik pulih rumah pun bajet tak cukup tuan/puan. Saya ada mohon baitulmal tapi tak lulus.
Saya masih lagi berjual cuma jualan saya tak laku sangat. Saya jual macam-macam jenis kuih muih. Saya berjual di pasar dan menumpang tempat orang, itu pun saya kena bayar juga. Kalau orang tu tak berniaga kan saya kena bayar RM15 sahaja kalau oran tu ada berniaga saya cuma bayar RM10. Saya tak ada apply JKM atau Zakat. Dulu saya pernah mintak tolong ketua dun sini tapi tak ada jawapan. Anak saya seorang tinggal dengan mak cik dia sebab rumah mak cik dia dekat dengan sekolah tapi saya yang bagi belanja. Barang keperluan asas agak berkurang sedikit lah sebab semua barang dah naik tambah susu anak lagi. Kalau susu anak tu saya campurlah semua jenis susu supaya tak susah kalau tak ada susu macam Dugro, Nespray, Dumex, dan susu junjung. Kalau pampers tu petpet dan drypers mami poko. Jenis seluar saiz xxl.
Salam.. baru ni anak masuk hospital dan mak jatuh, patah tangan kanan dia.. boleh tak saya mohon lagi untuk mak dan ayah untuk raya.. Baru2 ni rumah kami kena ribut hari tu dan semuanya bocor sampai sekarang belum baik pulih lagi sebab ada masalah kewangan..