Assalamuailaikum, saya amat memerlukan bantuan, suami dah 2 tahun lebih tak bekerja. Dia sekarang dekat hospital Kuala Terengganu dah 4 bulan dari bulan 1 tahun ni. Anak2 saya raya tahun ni la paling sedih. Tahun lepas pun beraya di hospital dengan ayahnya. Tapi alhamdulilah tahun lepas ada jiran bagi baju raya untuk anak2. Saya ada 3 anak. 3 perempuan, yang pertama 16 tahun, kedua 13 tahun dan ketiga 9 tahun. Suami sakit TB, jantung, hati, paru2, buah pinggang, hepetitis c dan kencing manis. Sebelum ni dia kerja bawa lori hantar baja tahi ayam ke kebun sayur. Sebulan gaji dia RM1500. Tapi sekarang dia dah tak kuat untuk bekerja. Saya pulak kerja kedai makan RM35 sehari. Tahun ni saya nak beli peralatan sekolah anak2 saya tapi dapat beli buku je yang lain saya tak mampu beli. Keadaan suami saya sekarang terlantar di hospital, kaki betis semua dah bengkak. Saya ulang alik hospital naik transport sendiri itu pun bos suami yang bagi kereta dia masa suami sihat masa dia bekerja. Bos bagi kereta proton saga. Kereta bos dia tak pakai, dia kata kesian anak2 nak jalan walau kereta lama tapi masih boleh bergerak. Hari khamis ni ada kena buat ct scan otak.
Sebelum masuk hospital Terengganu dia masuk hospital Johor selama setahun. Lepas tu suami minta pindah ke Hospital Terengganu sebab Terengganu kampung halaman dia dan kini saya dan anak2 tinggal di rumah bapa mentua. Dulu dia minum susu ceprolac tapi saya dah tak mampu beli susu tu. RM76 kalau tak silap saya jadi sekarang, saya hanya mampu beli susu anlene sahaja. Kadang saya tak beli susu untuk dia sebab tak cukup duit. Biasa saya ke hospital untuk melawat dia seminggu skali saya pergi. Kalau saya pergi saya akan belikan roti biskut, buah, susu, ubat gigi, sabun mandi untuk dia kat hospital. Duit saya kerja dapat RM35 sehari tu saya simpan untuk belanja dia seminggu. Kadang satu hari saya simpan untuk dia RM10 sehari selebihnya buat belanja anak pergi sekolah dan beli apa yang patut. Kami tak ada tunggakan sebab tinggal dengan bapa mertua. Saya tak dapat mana mana bantuan macam jkm atau zakat dan ini pertama kali saya baru nak mohon bantuan. Saya berharap sangat pihak marhaen dapat membantu saya.
Suami masih dekat hospital. Keadaan dia dah 4 hari agak tenat sikit. Makan pun tak. Harapkan air milo kotak je. Sekarang dia dah tak boleh ke tandas lagi. Dia dah dekat 7 hari lebih pakai pampers. Sekarang ni anak pertama pun kat hospital juga. Dalam paru-paru anak saya ada nanah. Baru 2 minggu lepas anak kena tebok buang nanah dalam paru paru. Kelmarin anak pergi buat microkopi masukkan camera di hospital Terengganu pun kena bayar dalam RM23. Suami dah dua kali tebuk perut buang air. Amat perit la sikit dari segi berbelanjaan. Nak beli pampers suami lagi. Suami pakai pampers size L. Buat masa ni saya jual la ada cincin subang saya. Kadang ada jiran datang melawat dia orang bagi sedekah RM10 atau RM50 untuk beli keperluan suami dan belanja anak2. Tu la saya jimat-jimat.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.