Adik Akif Menghidap Penyakit Otak Telur Bengkak Sejak Lahir


Adik Akif Menghidap Penyakit Otak Telur Bengkak Sejak Lahir


MarhaenMY - SITI NURULLIANA BINTI MOHAMAD NASIR
KUALA KETIL, Kedah
Published: May 12, 2022
100%
RM 6,000.00 RM 6,000.00


0.0
Baki Lot Diperlukan
600.0
Lot Telah Terbeli
226
Penyumbang
4,823
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
600 Lot Ditawarkan

Assalamualaikum, saya liana ibu kepada 5 orang anak yang berusia 16,11,10 tahun dan adik akif yang berusia  11 bulan. Suami saya merupakan seorang pemegang kad OKU mental dan bekerja sebagai penoreh getah yang pendapatannya tidak tetap, dalam sebulan anggaran pendapatan hanya RM450, sekiranya hari hujan, pendapatan suami terjejas kerana tak dapat menoreh. Saya juga ada mohon bantuan dan dapat bantuan daripada JKM yang berjumlah RM500 sebulan, akan tetapi pendapatan yang saya ada ini tidak cukup untuk menampung kehidupan kami sekeluarga dengan anak-anak yang perlu ke sekolah, adik akif sendiri yang menghidap penyakit dan memerlukan rawatan serta penjagaan khas, dan juga ayah mertua saya yang menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Saya dan suami tak mampu untuk menanggung kos penjagaan anak kami kerana dia memerlukan rawatan khas di hospital dan saya perlu ulang alik ke hospital, kos ulang alik ke hospital menjadi dugaan untuk kami. Adik Akif menjalankan rawatan nya di Hospital Pulau Pinang. Kos ulang alik ke hosspital untuk rawatan adik Akif sahaja memakan jumlah lebih RM400 sebulan. Selain itu doktor juga memberitahu adik akif memerlukan mesin oksigen khasnya dirumah untuk memastikannya terus bertahan kerana oksigennya kerap naik turun dan bacaannya tidak stabil. Saya juga memerlukan bantuan ini untuk membeli aircond untuk anak saya ini kerana anak saya tak boleh panas , ia akan menyebabkan dia menjadi sawan. Dalam sehari anak saya boleh kena 10-17 kali sawan akibat panas.

Update semasa: sekarang adik Akif dimasukkan ke wad atas paru paru berkuman. 

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
IN  RM110.00
Top Contribution
AA  RM500.00
First Contribution
RM10.00

0.0

Baki Lot Diperlukan

600.0

Lot Telah Terbeli

226

Penyumbang

4,823

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
IN  RM110.00
Top Contribution
AA  RM500.00
First Contribution
RM10.00