Saya merupakan seorang suri rumah yang memerlukan bantuan dari segi kewangan untuk membeli susu dutchlady 123 yang biasa sahaja untuk anak saya dan juga pampers size L. Kebelakangan ini, keluarga kecil saya sering menghadapi masalah kewangan yang tidak dapat dielakkan. Hanya suami saya sahaja yang bekerja demi menampung saya dan 5 orang anak yang masih bersekolah ( 12 tahun, 7 tahun, 5 tahun, 3 tahun dan 11 bulan . Suami bekerja hanya sebagai tukang jaga parking di Hospital Sultanah Aminah Johor dan bergaji bulanan sebanyak RM 1200.
Rumah yang didiami sekarang hanyalah rumah sewa dan dikehendaki untuk membayar sebanyak RM650 sebulanan dan bil api air sebanyak RM100. Kadangkala yang tinggal saki baki gaji suami itu tidak cukup menampung keperluan harian kami 7 beranak. Ada kalanya kami terpaksa mencatu makanan dan mengikat perut untuk berjimat cermat. Saya tidak dapat untuk keluar bekerja membantu suami mencari pendapatan lebih kerana anak anak saya masih lagi kecil dan tiada siapa yang dapat menguruskannya. Jika saya menghantar mereka semua ke pengasuh atau transit, kami harus menyediakan duit lebih untuk membayar pengasuh setiap bulan dan sejujurnya kami memang tidak mampu.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.