Assalamualaikum dan selamat pagi, dengan rendah hati saya nak mohon bantuan untuk anak saya Aariz Anaqi yang berusia 2 tahun 7 bulan. Anak saya sakit pendarahan putih terlalu banyak sehingga kerap pengsan dan kini pihak hospital membuat keputusan untuk tambah darah dan rawatan selanjutnya. Dr cakap anak sakit Talasemia darah putih terlalu banyak. Jumlah rawatan anak RM200 sebab nurse cakap darah 1pack RM170 (DARAH b+) jadi total RM200 tu bila dah keluar wad nanti. Anak saya da 3 hari dekat hospital. Anak masuk dan buat rawatan dekat hospital Baling. Transport masa hantar anak tu kami guna ambulans. Suami saya bekerja sebagai penoreh getah. Pendapatan suami memang tak menentu, kekadang dia dapat RM80 seminggu kekadang RM100 seminggu. Sebab menoreh getah pulak yang orang punya dan kena bahagi dua. Kalau pergi menoreh pun tak menentu kalau musim hujan macam sekarang ni memang jarang² sebab menoreh getah kalau hujan memang tak boleh. Suami pergi kerja menoreh jalan kaki sahaja. Saya pulak hanya suri rumah sepenuh masa. Buat masa sekarang kami tak ada dapat mana2 bantuan. Kami pulak menyewa dekat dengan tempat suami bekerja. Sewa sebulan RM150. Kalau keperluan asas tu nak cakap cukup tu memang tak cukup tapi nak cakap tak cukup alhamdulillah kami 3 boleh makan seorang sedikit. Anak kami pun guna susu murah je iaitu guna susu brand keluarga. Size pampers size L pun kadang2 tak mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.