Bantuan Pembayaran Yuran Tertunggak Untuk Pelajar Serta Bantuan Kewangan Pelajar


Bantuan Pembayaran Yuran Tertunggak Untuk Pelajar Serta Bantuan Kewangan Pelajar


MarhaenMY - Muhammad Nazaruddin bin Mohd Salleh
Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
Published: May 19, 2022
100%
RM 4,000.00 RM 4,000.00


0.0
Baki Lot Diperlukan
400.0
Lot Telah Terbeli
78
Penyumbang
3,902
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
400 Lot Ditawarkan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya, dengan rendah hati ingin memohon bantuan daripada orang ramai untuk membayar yuran yang tertunggak yang saya sertakan seperti dalam senarai di bawah. Keluarga saya memerlukan bantuan kewangan tetapi saya juga pada masa yang sama memerlukan sedikit duit untuk menjelaskan yuran saya supaya saya dapat meneruskan pelajaran saya kerana ayah saya tidak bekerja dan hanya ada ibu saya sahaja untuk menampung keluarga kami (6 orang tanggungan). Saya ada dua program, satu program persediaan pelajar ke luar negara dekat Intec College, Shah Alam selama 1 tahun bermua dari Ogos tahun lepas sehingga bulan Jun 2022. Habis sahaja program persediaan kat Intec, insya-Allah bulan 8 saya akan ke US untuk terus sambunh degree di sana selama 4 tahun. Program ni dari ytp mara. Saya ada dapat bantuan pinjaman dari mara cuma mara tak cover semua keperluan yang saya mention tadi + family kurang duit jugak lah nak tanggung semua kos tu. Saya punye yang column undergraduate bahagian upper division, business, science, etc.. harga $67100/setahun. Setakat ni ada satu je tunggakan, housing dekat Intec. Saya masuk sini pun mara yang set kan masuk ke sini. Saya bukan dapat scholarship sebab pinjaman ni boleh ubah sebab ikut result cgpa. Kiranya kalau saya dapat cgpa 3.50 ke atas, saya perlu bayar 10% dari total yang dipinjamkan

Saya ada mintak scholarship lain before dapat yang mara ni, tapi semuanya tak lepas and mara memang takde offer untuk biasiswa , cuma ada untuk pinjaman sahaja. Kalau makan dengan housing, mara hanya bagi jumlah cukup2 sahaja ($975) and students kene jimat2 untuk berbelanja. Ayah saya tak kerja sekarang, dulu bekas askar cuma berhenti awal sebab ada penyakit jantung, tak dapat elaun persaraan sebab ayah yang berhenti. Mak pula masih kerja sekarang sebagai kerani kat LHDN. Kalau duit epf ayah saya dah guna time dulu, untuk rawatan pembedahan jantung ayah saya. Gaji mak pulak RM1800

Insya-Allah, berkat sumbangan tuan-tuan dan puan-puan, akan dimurahkan rezeki kita semua pada masa yang akan datang. Dan saya berjanji setelah saya habis belajar, saya akan menabur bakti semula kepada orang ramai kelak dan kepada negara satu hari nanti. Kalau boleh saya nak mintak bantuan sikit dari segi untuk bayar rumah rumah sewa saya dekat Intec, yuran acceptance universiti kat US, and bantuan sedikit untuk Visa, Passport dan beli barang2 keperluan.

Senarai bantuan kewangan yang diperlukan:
1. Yuran Penginapan Kolej Kediaman - (RM 1400.00)
2. Pennsylvania State University Admission Fee - ($330 = RM 1437.15)
3. Yuran Buku - (RM 137.20)
4. Visa, Passport, Keperluan Perbelanjaan (Bagasi, baju sejuk, dll) - (RM 525.65)

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Airil  RM1,440.00
Top Contribution
Airil  RM1,440.00
First Contribution
Farris  RM30.00

0.0

Baki Lot Diperlukan

400.0

Lot Telah Terbeli

78

Penyumbang

3,902

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Airil  RM1,440.00
Top Contribution
Airil  RM1,440.00
First Contribution
Farris  RM30.00

Kempen Lain