Di sini saya Nur Syarfa Alia Binti Zulkifli ingin memohon sumbangan dari tuan/puan untuk membiayai kos pembedahan tangan saya anggaran RM 25,000 ke atas yang akan dijalankan di sebuah hospital swasta iaitu KPJ. Saya tidak melakukan pembedahan tersebut di hospital kerajaan kerana tiada pakar yang dapat menjalankan pembedahan tersebut dan pembedahan itu perlu dilakukan dengan segera. Untuk pengetahuan pihak tuan/puan saya berumur 26 tahun dan mempunyai penyakit kritikal iaitu SLE LUPUS,darah tinggi, kerosakkan buah pinggang tahap akhir dan kini masih ada rawatan susulan di Hospital Abdul Halim, Kedah.
Sekarang ini saya sedang menjalani rawatan dialisis sebanyak 3 kali seminggu di Hospital lama Sg. Petani.Setakat ini dr yang merawat saya yang menguruskan segala hal pembayaran mengenai dialisis saya , cumanya saya perlu membayar untuk jarum sahaja yang berjumlah RM110/bulan. Tujuan saya meminta sumbangan ini adalah kerana masalah bengkak pada AV Fistula saya yang saya gunakan sebagai tapak untuk dialisis.. Pembedahan ini hanya boleh dilakukan di hospital swasta. Sebab itu kos nya mencecah puluhan ribu ringgit. Saya memohon jasa baik tuan/puan untuk membantu saya dan berharap dapat tuan/puan memberi sedikit sumbangan ikhlas.. Memandangkan saya tidak mampu lagi bekerja kerana keadaan saya begini. Hanya allah swt sahaja yang mampu membalas jasa baik tuan/puan kerana sudi membantu saya.
Saya sekarang ni masih dialisis tapi doktor bagitahu tangan saya yang bengkak tu perlu di operate.. Baru² ni saya jumpa doktor SOPD.. Bahagian tangan ni dia refer ke HKL sebab sini tak boleh buat (Hospital lama Sg Petani).. Kalau ikutkan kena operate di swasta la tapi belum cukup dana yang saya kumpul.. Saya hanya dapat kumpul RM4700 sahaja.. Saya harap lepas pergi check dekat HKL mungkin disana boleh buat jadi tak perlu la saya pening fikir nak cari 25k tu.. Harap².. Sekarang saya belum operate lagi sebab tak pergi check lagi kat hospital swasta tu.. Kalau nak pergi pun kena kos kan nak check doc swasta.. 1/7 saya punya checkup dekat HKL. Family saya pun sekarang mencari dana juga..
"Dr yang merawat saya yang menguruskan segala hal pembayaran mengenai dialisis saya , cumanya saya perlu membayar untuk jarum sahaja yang berjumlah RM110/bulan". Oo yang ni untuk guna button hole.. maksudnya guna button hole tu untuk cucuk tempat yang sama.. Dulu saya cucuk merata tempat jadi tak ssuai la untuk saya yang tangan bengkak tu.. Guna button hole tu untuk mengelakkan dari risiko lagi teruk bengkak tu.. Takut pecah.. Yang tu doktor tolong bayarkan sebab saya time tu perlukan sangat benda tu.. saya cuma bayar duit jarum sahaja RM110 stiap bulan.. tapi yang bengkak tu masih perlu operate.. Yang doktor bayarkan ni saya takda bayar balik.. Doktor tu kenal saya dari first saya sakit lagi jadi da bantu la mana yang mampu.. Time tuh memang terdesak kena pakai button hole tu..
Dulu suami saya kerja kilang.. tapi lepas saya jatuh sakit teruk tahun ni.. Dia hilang kerja sementara ni kerja kamping sahaja.. Lepas saya settle pasal tangan saya dan saya pun dah semakin kuat.. Insyaallah dia akan kerja kilang balik.. Sebab tu suami kerja apa yang boleh macam tolong orang buat rumah, tolong mesin rumput.. Gaji kilang RM1100.. kalau kampung kurang la sebab kadang ada kadang takda jadi suami selalu dapat RM500, RM600 macam tu, memang tidak mencukupi.. tapi takpa la bersyukur dengan apa yang ada.. Saya ada kena makan ubat sebab saya ada sakit SLE LUPUS dan darah tinggi sama, kolestrol pun ada.. Kalau habis ubat tak payah bayar sebab checkup dekat hospital.. Keperluan asas tu mencukupi sebab saya dapat bantuan beras dan sdikit barang dapur yang zakat bagi, yang kampung punya.. Kadang keluarga suami tolong jugak.. Buat sementara ni menumpang rumah keluarga suami.. Kalau ada rezeki saya duduk asing la..
Punca tangan saya bengkak ni lepas buat tapak tu dan mugkin pressure kuat dengan tekanan darah tinggi saya selalu tinggi.. Scan haritu tak ada apa2.. Tapak tu maksud saya ttempat untuk cuci.. sebelum cuci akan operate untuk bubuh suatu alat dekat urat iaitu fistula.. Selepas bubuh alat tu dalam 5,6 bulan tangan saya dah membengkak.. Sebab tu doktor terkejut.. selalunya lepas bertahun² guna baru akan jadi bengkak.. tapi saya tak guna lagi dah bengkak..
17/7 ni saya akan buat ijc (wayer tiub leher) sementara untuk rest tangan nanti nak operate. 18/7 saya akan jumpa pakar bius. 30/7 nih saya akan masuk wad di HKL. Kalau takda apa masalah.. 1/8 nih saya akan operat la. Untuk jumlah operate tu saya tak pasti sebab tu saya risau takut tak cukup. Walaupun kerajaan tapi masih kena bayar kan. Saya pula tak pernah operate besar² macam ni. Saya stay sungai petani dan saya kena pergi KL dalam 29hb. Saya kena stay KL sampai habis operate dan stabil. Kalau diikutkan suami saya nak ikut tapi dia pun tak boleh jaga saya masa dalam wad nanti. Kalau suami ikut mungkin akan duduk rumah saudara di KL. Sekarang saya hanya dapat 5k saja. Saya takut tak cukup. Charge operate pun saya tak tahu lagi. Tambah duduk dalam wad dan ubat tambahan. Sebab tak biasa duduk hospital luar. Itu pun saya hanya dapat sumbangan dari marhaen saja.. Selain dari rakan dan saudara. Ngo lain saya tak dapat.
Sekarang ni doktor bagi tangan saya rest dulu. Doktor dah tebuk letak wayar kat leher saya. 30 / 8 / 2022 ni baru saya masuk wad dan 1/8 baru operate. Esok baru saya akan bertolak ke KL. Doakan saya jugak dipermudahkan urusan nanti.
Alhamdulillah saya dah selamat operate dan semua berjalan dengan lancar. Cuma saya perlu pergi checkup untuk tangan tapi masih perlu pergi checkup dekat HKL dan akan checkup juga untuk jantung. 29 / 08 / 2022 ni saya kena checkup jantung dan 1 / 09 / 2022 jumpa pakar pulak. Lepas pada tu saya tak tahu lagi bila akan jumpa pakar nanti baru nak tau selanjutnya.
Saya kemungkinan kena pergi HKL lagi dan jumpa pakai sana. Sebab tangan saya jadi balik bonjoh tu dan naik urat hijau. Dalam gambar tak nampak sangat. Tarikh appointment tu pada 21 / 10 / 2022 dan kena tunggu doktor Sg Petani untuk arrangekan appointment dekat sana, dan saya baru lepas jumpa doktor harini. Sebenarnya lepas operate tak ada masalah cuma baru je jadi.
20hb saya akan pergi KL dan 21hb saya jumpa pakar di HKL.
Assalam, saya nak tanya. Awal bulan 3 ni, saya kena pergi HKL lagi. Boleh ke kalau nak minta sumbangan kos pergi balik HKL. Suami saya pun sekarang baru berhenti kerja. Tak dapat lagi kerja. Sebab saya sekarang dialisis 3x seminggu dah sekarang, takda sapa boleh hantar dan ambik saya bila dialisis. Lagi satu sekarang dah tak stabil lagi untuk ambik upah orang untuk hantar dan ambil. Kalau saya dah dapat orang untuk hantar dan ambik, baru suami saya dapat pergi kerja. Sementara ni buat kerja kampung sahaja. Dulu dah ada orang ambik hantar tapi disebabkan saya tukar shif time dialisis, dia tak dapat nak ambik hantar dah. Dulu 4ptg - 8mlm, sekarang 11pg - 3ptg. Sebab ada kematian sebab tu pihak hospital tukar shif awal. Bila ada pesakit yang meninggal, staff hd akan adjust shif awal. Sementara waktu ni suami yang hantar ambik. Sebelum tu memang suami lepas tu ada akak ni sorang, upah dia untuk hantar. Disebabkan cuti kerap, tak ada kilang yang nak terima dan suami pun berhenti kerja.
Saya sekarang ni 3 hospital kena pergi, 2 hospital untuk check up dan 1 hospital untuk dialisis. Hospital sultan abdul halim untuk check up, Hospital Sungai Petani untuk dialisis dan HKL untuk check jugak. Kewangan memang tak stabil dan selalu pinjam dekat orang, sekarang memang banyak hutang sebab duk pinjam kat orang. Saya ada dapat bantuan zakat tapi tu pun tak cukup sebab dapat RM300. Saya kena beli jarum dialisis RM150 dan RM50 bayar dialisis. Tu pun kalau dorang kurang kan kena bayar RM50 saja yang lebih beli ubat luar. Kami ada juga dapat bantuan kerajaan tu tapi setengah bayar rumah sewa dan setengah beli keperluan rumah. Kami pernah terputus bekalan makanan dan terpaksa meminjam. Disebabkan gaji suami dalam RM1100 sahaja, bila tak cukup pinjam dan bila cukup pun, nanti lebih bayar duit yang pinjam tu. Minyak kereta untuk sebulan pergi dialisis dalam RM200. Kalau checkup hospital Sg Petani ikut keadaan appointment. Kalau HKL pulak kalau mak mentua dan adk ipar ikut anggaran dalam RM600 / RM700 untuk pergi balik, ikut keadaan masa juga. Kadang terpaksa check in hotel. HKL dengan dialisis la yang banyak pakai duit. Kalau check up hospital sultan abdul halim tu sebulan 2x atau 3 bulan 2x. Kalau mak mentua dan adik ipar tak ikut RM500 cukup dah. Kalau tak kena checkin hotel. Keadaan tangan ada naik balik benjolan tu tapi tak berapa nampak la. Bila pegang dapat rasa. Sebab tu HKL masih nak ada jumpa untuk check tangan juga. Sekarang HKL yang ambik alih untuk tengok tangan. Dulu dekat Hospital Sultan Abdul Halim ja. Sekarang ni ekonomi saya merosot. Dulu boleh lagi sebab suami kerja kilang kan tapi bila selalu pergi hospital HKL memang akan spend RM1000, kalau ada lebih tu memang simpan untuk emergency. Saya ada apply mysalam juga dan dana saya dapat tu sebelum saya kena buat operation, saya dapat masa duduk dalam wad. Kira saya guna duit tu untuk dalam wad la. Buat bayar mak long saya juga sebab dia buat grab hantar saya ulang alik pergi hospital. Duit saya dapat dari marhaen saya buat bayar bil.
Alhamdulillah saya sihat tapi tangan saya masih bermasalah. Pernah bengkak haritu dan check hospital sini doc cakap masalah yang sama sebab urat sempit dan mugkin akan jadi balik macam dulu. Yang memang dulu sebelum operate, doc HKL pun memang ada bagitahu dah risiko nak naik benjol tu balik memang ada. Naik benjol dekat atas tempat benjol lama dekat area pelipat ketiak. Sekarang pun bahagian yang return untuk darah tu pun bacaan diaa tinggi sikit jadi kena jaga2. Haritu pun saya tak dapat pergi hospital jugak sebab masalah kewangan dan terpaksa tunda dan dapat 27/9 ni. Harap boleh pergi la nanti. Dan saya pun bulan 10 akan buat operate untuk thyroid pulak. Dah scan bulan 7 haritu, tak dak bengkak pun tapi sebab bacaan thyroid saya tinggi dan takut menyebabkan tulang mudah patah dengan sendiri jadi kena buang la thyroid tuh. Dapat tahu bulan 4 masa ambik darah dan sekarang tengah control dengan ubat.