Seorang bekas tentera yang dahulunya sihat dan aktif kini hanya terlantar selepas terlibat dalam kemalangan apabila motosikal yang dia tunggang merempuh lembu yang berkeliaran di tengah jalan di sekitar Kerayong pada Disember yang lalu.
Mohd. Azhar Abd. Talib yang berusia 50 tahun kini disahkan hospital mengalami retak pada bahagian tengkuk, patah tangan kiri dan lemah kaki kesan daripada kemalangan bersama isterinya, Siti Rohayu Abdullah yang berusia 44 tahun. Azhar berkata Ramadan dan Syawal kali ini tidak lagi semeriah dahulu apabila dia tidak dapat bergerak kerana kecederaan teruk yang dialaminya. “Nahas yang tidak diduga itu mengakibatkan keluarga kami hilang punca pendapatan dan bergantung sepenuhnya kepada duit pencen saya. “Saya hendak cakap pun susah sebab terlampau banyak kesan akibat kemalangan itu tetapi saya bersyukur kerana isteri saya selamat dan tiada kecederaan serius,”
Selain duit pencen, anak-anak yang sudah bekerja juga ada membantunya untuk membeli barangan keperluan lain. Tambahnya, ketika ini dia memerlukan perbelanjaan lebih RM500 sebulan bagi membeli susu khas dan lampin pakai buang selain rawatan berkala di hospital. “Saya tidak boleh duduk lama kerana sakit pinggang dan perlu dibantu untuk melakukan pergerakan bagi urusan harian,” katanya. Sementara itu, Siti Rohayu berkata, kejadian itu berlaku ketika mereka hendak pergi ke bank untuk mengeluarkan wang sebagai persediaan menghadapi musim banjir. “Ketika itu hujan lebat, kami sudah cukup berhati-hati tetapi malangnya sekumpulan lembu tiba-tiba keluar dari kawasan kebun dan suami tak sempat hendak membrek lalu menghentam haiwan berkenaan,” ceritanya lagi. Menurut Siti Rohayu, dia yang membonceng tercampak, manakala suaminya terperosok di bawah lembu-lembu yang dirempuh itu. “Sebab itulah banyak kecederaan yang terpaksa ditanggung suami,” katanya.
21/6 haritu saya ke Hospital Kuala Pilah, sebab doktor pakar kat sana nak tengok perkembangan tulang saya ni. Saya ada 4 orang anak. Yang no 1 , 26 tahun , no 2 , 25 tahun. Dua-dua dah berkahwin dan duduk dengan keluarga masing-masing. Anak no 3, 20 tahun perempuan dan no 4 ,18 tahun.
Anak saya ada la bagi duit sikit sikit. Anak saya kadang2 ada bagi , kadang tak jugak. Keadaan saya sekarang macam ni la, tak boleh angkat berat la, sebab doktor bagitau tulang tak bersambung lagi dan tangan tak boleh gerak banyak. Masa checkup haritu doktor bagitau kena pergi ke sana untuk temujanji check keadaan besi dengan tulang tu, ada masalah atau pun tidak. Keperluan tu kalau ikutkan memang la tak cukup tapi kena pandai pandai lah berjimat kan, dah lama tak boleh buat kerja kan. Ubat yang saya makan dah habis dah last doktor bagi masa temujanji, cuma doc syor kan minum susu. Saya duduk rumah sendiri tapi belum habis bayar lagi, tunggakan pun tak ada.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.