Mengalami Masalah Saraf Tunjang Selepas Tragedi Langgar Lari


Mengalami Masalah Saraf Tunjang Selepas Tragedi Langgar Lari


MarhaenMY - Norhasmidar bt Tahir
Bayan Lepas, Pulau Pinang
Published: May 28, 2022
16.29%
RM 3,583.00 RM 22,000.00


1,841.7
Baki Lot Diperlukan
358.3
Lot Telah Terbeli
114
Penyumbang
2,653
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
2200 Lot Ditawarkan

Seorang wanita terpaksa menanggung derita angkara kesalahan orang lain apabila hanya mampu terbaring selepas menjadi mangsa langgar lari hingga tidak berdaya memberikan kasih sayang kepada anak tunggalnya sejak sembilan tahun lalu.
 

 

Nor Hasmidar Tahi yang baru sahaja berusia 36 tahun in me­ngalami masalah saraf tunjang selepas tragedi yang berlaku ketika dia menunggang motosikal bersama ibunya, Hasnah Ali yang berusia 68 tahun pada 30 Ogos 2013. Dia berharap akan dapat bangkit semula untuk meneruskan kehidupan bagi membolehkan dia memberikan kasih sayang kepada anaknya, Muhammad Zul Haikal Abdul Rahim yang masih berseko"ah pada usia 10 tahun suatu hari nanti.
 

“Bagaimanapun, pembedahan untuk mengeluarkan besi pada tulang belakang terlalu tinggi mencecah RM25,000. Pakar hospital kata saya boleh kembali berjalan jika besi itu dikeluarkan. “Manalah saya ada duit seba­nyak itu kerana semuanya telah digunakan untuk sesi rawatan dan mengupah 22 tukang urut tradisional,”. Mengimbau semula kejadian itu, Nor Hasmidar, berkata, kejadian yang menyebabkan dia lumpuh dari pinggang ke bawah pada pukul 11 pagi di jalan lama Balik Pulau ke arah Teluk Kumbar itu berlaku terlalu pantas. Tambahnya, ketika itu dia dalam perjalanan pulang dari pasar awam di sini. “Ketika itu kami berhenti di bahu jalan kerana mata saya dimasuki habuk. Ketika saya sedang mengusap mata, tiba-tiba sebuah kereta merempuh kami dan saya terpelanting ke dalam longkang, manakala ibu pengsan di tengah jalan,”.

 

 

Dulu dia pernah bekerja sebagai pembantu penyelia pasar raya itu, rempuhan tersebut mengakibatkan dia dirawat selama sebulan di Hospital Pulau Pinang kerana mengalami patah rahang kanan dan tulang belakang. “Saya tidak dapat menguruskan anak seperti ibu yang lain. Saya hanya mengharapkan bantuan suami dan ibu untuk mandi, makan sehinggalah menyalin pakaian serta lampin pakai buang. Nor Hasmidar berkata, dia hanya menerima bayaran faedah bulanan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial sebanyak RM475 sebulan, namun ia masih tidak mencukupi.

Read More



Updates




Update 17 / 2 / 2023

Saya masih lagi memerlukan bantuan. Makanan pun dah tak ada, kalau makanan terputus kami hanya makan roti sahaja. Pernah terputus bekalan makanan selama 3 hari. Saya juga memerlukan bantuan untuk anak sekolah. Suami saya kerja nelayan dan gaji dia RM500. Saya masih lagi berulang ke hospital, kadang pergi kadang tak pergi. Dalam 6 bulan sekali. Saya tak ada kena makan ubat. Saya kena minum susu Ensure Gold. Dalam sebulan 2 tin saya minum. Saya juga memerlukan tisu basah. Untuk pampers, saya dapat sekotak daripada perkeso untuk sebulan sekali. Saya ada dapat JKM dalam RM500 dan kerusi roda pun dah rosak. Dalam rumah tinggal 7 orang iaitu abang kandung, anak dia, mak, anak menakan, saya, suami dan anak.

Update 6 / 07 / 23

Sebelum saya accident dulu saya berhenti kerja sebagai penyelia pasar raya & kerja operator dekat kilang selama seminggu sebelum kejadian. Dulu saya ada insurance dengan anak dan masa accident saya dah guna sampai habis, dah tak boleh guna dan tak mampu nak bayar. Operation tulang belakang nak keluarkan besi tu masih lagi perlu dan masih memerlukan dana. Saya kena buat kat hospital swasta Pantai Mutiara sebab masa accident saya buat dekat situ. Mereka yang buat mereka yang kena buka. Kalau hospital kerajaan dorang kata risiko. Perkeso saya masih dapat RM550 dan JKM RM500 dan itu pun tak cukup dengan barang harga naik, perbelanjaan anak sekolah lagi.

Read More



Recent Contribution
Badrul  RM20.00
Top Contribution
Sinuraz  RM500.00
First Contribution
Faris  RM20.00

1,841.7

Baki Lot Diperlukan

358.3

Lot Telah Terbeli

114

Penyumbang

2,653

Pengunjung
Recent Contribution
Badrul  RM20.00
Top Contribution
Sinuraz  RM500.00
First Contribution
Faris  RM20.00

Kempen Lain