Kanak Kanak Menderita Salur Darah Sebesar Buah Tembikai


Kanak Kanak Menderita Salur Darah Sebesar Buah Tembikai


MarhaenMY - Noraini Binti Aziz
Balik Pulau, Pulau Pinang
Published: May 29, 2022
100%
RM 5,000.00 RM 5,000.00


0.0
Baki Lot Diperlukan
500.0
Lot Telah Terbeli
218
Penyumbang
3,381
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
500 Lot Ditawarkan

Nurul Safika Abdullah yang berusia 9 tahun dari Kampung Permatang Tepi, Balik Pulau di sini menderita akibat ketumbuhan saluran darah di leher kirinya. Lebih menyedihkan apabila ketumbuhan itu semakin hari semakin membesar dan kini telah menyamai saiz sebiji buah tembikai susu. Nurul Safika yang merupakan murid tahun tiga di Sekolah Kebangsaan Balik Pulau (SKBP) kini hanya menghabiskan sepenuh masanya di rumah berikutan penyakit yang ditanggungnya itu. Menurut ibunya, Noraini Aziz, 39, keadaan leher anak ketiga daripada empat beradik itu semakin membengkak selepas menjalani pembedahan pertama pada Februari tahun ini.
 

 

“Nurul Safika tidak lagi pergi ke sekolah sejak sesi pembelajaran secara bersemuka awal tahun ini memandangkan dia terpaksa memakai tiub untuk saluran susu dan ubat tahan sakit selain saiz ketumbuhannya juga semakin membesar. “Keadaan itu menyebabkan pergerakannya terbatas, selain sering mengadu kesakitan pada bahagian leher terutama pada waktu malam. Dahulu dia memang seorang yang ceria. Kini, dia selalu meluahkan rasa sedih terutama apabila melihat gambar rakan-rakannya di sekolah menerusi grup WhatsApp,” katanya kepada  artikel di Kosmo! .
 

Noraini memberitahu, ketumbuhan yang dialami anaknya itu mula dikesan sejak berusia tiga tahun dan ketika itu hanya bersaiz seekor lalat. “Lehernya menjadi semakin membengkak menyerupai biji guli ketika dia berumur enam hingga tujuh tahun. Ketika itu, dia jarang sekali mengadu sakit dan payah sekali untuk ponteng sekolah. “Pelbagai rawatan juga telah dijalankan termasuk bantuan kaedah tradisional dan pembedahan pada bahagian belakang tengkuk pada Februari lalu. “Saya harap ada keajaiban berlaku supaya Nurul Safika dapat ke sekolah seperti biasa dan bertemu guru serta rakan-rakan,” jelasnya. Tambah Noraini, mereka kini hanya menerima bantuan seba­nyak RM600 sebulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan jumlah tersebut tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup, perubatan dan persekolahan anak-anaknya.

 

Update 15 / 07 / 2022

Anak saya sekarang dalam keadaan kritikal dekat hospital. Dia sekarang dekat wad C2. Sebelum buat operate dan duduk dekat wad C2 2 minggu, lepas buat operate duduk ICU 18 hari baru pagi tadi pindah wad C2. Untuk buat operation ni saya tak ada kena bayar apa-apa sebab saya dapat guna surat dari sekolah. Kalau tak ada guna surat sekolah memang saya tak tahu berapa jumlah kena bayar. Saya memang masih perlukan bantuan dan tak kisah bantuan apa-apa.

 

Read More



Updates




Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Ih  RM210.00
Top Contribution
Ih  RM210.00
First Contribution
Saripah  RM20.00

0.0

Baki Lot Diperlukan

500.0

Lot Telah Terbeli

218

Penyumbang

3,381

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Ih  RM210.00
Top Contribution
Ih  RM210.00
First Contribution
Saripah  RM20.00