Salam.
Saya dan isteri kedua dua nya adalah anak yatim piatu yang tidak mempunyai rumah sendiri atau rumah keluarga yang berdekatan.Kami memerlukan bantuan sumbangan dan ihsan daripada semua hamba Allah yang boleh membantu untuk mempermudahkan urusan kami untuk menyewa bilik.sebelum ini kami bekerja dengan bos yang menyediakan kemudahan tempat tinggal utk pekerja.tetapi disebabkan pkp kami telah kehilangan pekerjaan sekaligus tempat tinggal.
Ini adalah malam ke 5 kami berdua tidur di kompleks pasar tamu baru sri aman.Semalam pihak pengurusan telah tidak lagi membenarkan kami untuk menumpang tidur di sini.Saya telahpun mendapat pekerjaan baru tapi cuma akan bermula selepas cuti hari gawai pada 6hb jun nanti.untuk sehingga 6 jun,saya dan isteri tidak tahu mcm mana untuk bertahan tanpa tempat tinggal dan tiada lagi wang untuk membayar bilik sewa.kami telah pun mendapat tahu ada bilik sewa yang sedia untuk dimasuki dengan byaran sewa bulanan sebanyak RM 450.
Pemilik meminta deposit sebanyak 2 tambah satu yang menjadikan amaun untuk masuk bilik adalah RM 1350.jadi kami mohon untuk bantuan dana bagi memasuki bilik sewa sahaja.untuk makan dan lain lain , in shaa allah kami masih mampu usaha.Semoga dengan membantu mempermudah urusan kami,Allah akan mempermudahkan urusan semua.in shaa allah
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.