Pada tanggal 25/5/2022 @ 12.50 pm tarikh keramat bagi kami sekeluarga kerana di uji dengan kehilangan tempat tinggal kerana dijilat api. Pada waktu kejadian , ibu mertua saya sedang mentanak nasi di dapur dan meninggalkannya seketika untuk membersihkan rumah. Isteri dan adik ipar sedang tidur kerana mereka bekerja diwaktu malam hari. Dalam kejadian tersebut , ibu mertua saya tetibe terdengar bunyi letupan didapur. Dia terus bergegas ke dapur dan melihat api sedang marak ke kabinet dapur. Dia terus menjerit memanggil anak2 untuk selamatkan diri. Isteri saya yang sedang hamil 6 bulan terkejut dan terus bangun untuk melihat jeritan ibunya. Sejurus membuka pintu biliknya , dia melihat kepulan asap sehingga tidak dapat melihat jalan keluar. Ibu dan adik semasa ini sedang mengalihkan tong gas di dapur. Isteri saya terus capai phone untuk call ambulance. Dalam kejadian juga, bapa mertua saya pulang dari membeli lauk dan terus bergegas masuk ke dalam rumah untuk mendapatkan isterinya dan anak bongsunya. Alhamdulillah semua sempat keluar dan selamat. Saya yang sedang bekerja mendapat panggilan dari isteri dan terus pulang untuk mendapatkannya. Kami sudah membuat laporan polis di atas kebakaran yang berlaku. Bomba menganggarkan kerugian dalam RM120K. Buat masa sekarang, keluarga kami menerima bantuan pakaian & barangan keperluan dari MBMB. Ibu & ayah mertua sekarang dah tak bekerja. Ibu mertua skrg juga merupakan seorag pesakit cancer paru paru tahap 4. Dr maklumkan, sakit dah merebak ke otak. Saya mohon sumbangan bagi meringankan beban kedua ibu bapa mertua saya. Harap dapat bantu untuk ringankan beban mereka sedikit.
Reference:
Selamat pagi. Alhamdulillah family sekarang sudah stabil, rumah pun InsyaAllah hujung bulan siap. Terima kasih banyak2 atas bantuan ππ»βΊοΈ
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.